Artis / Selebriti
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
Muatnaik posting sedih di Instagram, perkongsian terbaru isteri Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah buat ramai tersentuh. Sebak baca komen Shuib dan ibu Shuib. InshaAllah Allah gantikan yang lain..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah, telah dikongsikan posting yang memaparkan Watie menitipkan kata-kata sedih. Tulis Watie, tanggal tarikh 11 Mei, semalam adalah tarikh yang membuatkan dia rasa begitu sedih.
Bukan itu sahaja, Watie juga berkongsi gambar seorang ibu baru kehilangan anaknya. Perkongsian oleh Watie ini telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang terkejut dan mengatakan seolah-olah Watie memberikan gambaran baru sahaja keguguran.
Di ruangan komen, ibu Shuib turut memberikan komen dengan menulis kata-kata semangat kepada Watie agar terus kuat dan tabah. Selain itu, Shuib juga berkongsi posting terbaru di Instagram dengan menulis kata-kata semangat kepada Watie.

Untuk info, sebelum ini Watie ada memuatnaik gambar terbarunya yang menampakkan baby bump. Dalam masa yang sama, perkongsian tersebut juga memberikan gambaran Watie sedang berbadan dua. Watie tidak meniyakan dan menafikan komen yang bertanya sama ada betul atau tidak dia sedang hamil.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan ramai yang memberikan kata-kata semangat dan doa kepada Watie. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ya Allah.. Semoga Watie dalam keadaan baik2 . InsyaAllah Akan ada Rezeki nanti. Jaga kesihatan.. Get Rest and Stay Strong.. “
” Ya Allah, Kau kuatkan Hatinya Ya Allah.. Jauhilah rasa Kekecewaan dihati.. Kami Percaya Allah sebaik baik perancangan.. Moga Yg baik baik selalu mummy.. “
” Mommy please jgn sedih2.. Kan dah janji ini jam momy kne sentiasa happy.. Slmt hri ibu jgk utk mommy sayang mommy.. Semoga yg bail2 utk momy.. “
” Allah mummy, insyaallah ada rezeki lain pulak nti.. Stay strong mommy.. Insyaallah nanti ada lah rezeki lagi.. Jangan sedih2.. “
” Jangan sedih mummy, Allah tahu bila masa yang terbaik.. Akan ada rezeki lagi.. Insya Allah.. Rehat banyak2 ye mummy.. “
” Mommy rest okay. Lagi2 awal2 pregnancy jgn byk berjalan atau terlalu aktif lagi2 bila pregnnt 30 above. Semoga urusan mommy dipermudahkan.. “
” Kak watieee ur ok.. Semoga yg baik2. If true, inshaAllah u akan rezeki yang lebih baik lepas ni.. Sedih lah..Smoga dprmudahkan semua urusan yerr Kak Watiee.. “

Tak pernah melihat Watie berkongsi kata-kata sedih seperti ini. Semoga dengan kata-kata semangat daripada ahli keluarga dan warganet, sedikit sebanyak dapat memberikan semangat dan kekuatan kepada Watie. Apa-apa pun, semoga Watie dalam keadaan sihat serta segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie, shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

