Artis / Selebriti
” Inilah perpaduan sebenar, saling menghormati antara satu sama lain.. ” – Komen Netizen
Video Mekyun dan keluarganya berbuka puasa di masjid raih perhatian ramai. Wah, sikap macam ni lah yang harus dipuji. Menghormati semua orang tanpa mengira bangsa dan agama..
Meninjau ke akaun Instagram Mekyun, perkongsian sebuah video yang memaparkan Mekyun sekeluarga berbuka puasa di masjid telah meraih perhatian ramai. Mekyun bersama ibu bapa serta abangnya berbuka puasa di sana atas ajakan jiran mereka.
Sebelum menuju ke masjid, Mekyun sekeluarga memakai pakaian yang sopan iaitu berbaju kurung dan berbaju Melayu. Setibanya mereka di sana, mereka disambut dengan mesra oleh semua tetamu yang hadir. Nampak begitu meriah sekali.
Mereka bersama dengan jemaah-jemaah lain berbuka puasa di dalam masjid yang disajikan dengan pelbagai juadah. Nampak cukup sedap dan menyelerakan. Paling menarik mereka juga turut bersama-sama mengikut sunnah nabi berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 48 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sebelum pulang, Mekyun sempat lagi meluangkan masa bergambar di pelamin walaupun tanpa pasangan. Sangat sporting keluarga ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji Mekyun dan keluarganya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Setuju.. subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.saling hormat menghormati adalah penyatuan kita pelbagai bangsa dan agama.. “
” Didikan dr kecil tu penting. Kagum dgn cara didikan pok dan mok mek yun dan abe wee. Inilah di antara contoh terbaik.. “
” Kalau semua org Msia begini, sy pasti Msia cemerlang! boleh ambik mek yun dgn family sbg duta perpaduan.. berair mata ambo tengok.. “
” Inilah perpaduan yg sebenar .saling menghormati diantara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama .Thank u mekyun n abe wee for doing this.. “
” Nie masjid kat umah saya masjid Usamah bin zaid..Alhamdulillah..semoga hubungan yang terjalin kekal tak kira bangsa dan agama.. “
” Terbaik kluaga m.yun ni..non muslim d pantai timur mmg terbaik..contoh prpadyan sbenar..beza org ikhlas dgn yg ada agenda.. “
” Influence paling aku luv sngt, semua content dia bagus n bagi kesan yg dalam.. Orang cina seperti kamu akan sentiasa dihormati oleh pelbagai kaum. Respect dengan kamu sekeluarga.. “
Kebanyakan video content yang dikongsikan oleh Mekyun banyak memberi nasihat dan pengajaran buat semua. Ada yang mencadangkan Mekyun menjadi duta perpaduan di Malaysia. Bukan sekadar Mekyun, ibu bapa serta adik beradiknya juga cukup harmoni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mekyunn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen

