Artis / Selebriti
” Ini persiapan bukan kaleng-kaleng ni, tahniah diucapkan.. ” – Komen Netizen

Terima gelaran Datuk, perkongsian Sharifah Shahirah di Instagram buat ramai terhibur. Lain macam tempat terima gelaran Datuk tu, memang rare sangat. Paling tak tahan, siap dengan selempang kuning, hehe..
Meninjau ke akaun instagram Sheiraijoy, posting terbaru Sharifah Shahira atau mesra dipanggil Sheira telah membuatkan ramai terhibur. Sheira mengumumkan yang kini dirinya dan suami, Ijoy Azhari telah menerima gelaran datuk dan nenek.
Anak sulung Sheira iaitu Talisya telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di Hospital Aurelius Pahang. Pastinya Sheira dan suami berasa sangat teruja dengan kelahiran cucu pertama. Pasangan ini hadir ke hospital seperti menerima pingat.
Ijoy lengkap berbaju Melayu dan berselempang berwarna kuning, manakala Sheira pula memakai baju kurung moden. Pasangan ini memakai warna baju yang sedondon. Kalau tidak membaca habis di ruangan kapsyen pastinya ramai menyangkakan Ijoy mendapat pingat yang membawa gelaran Datuk.
Perkongsian gambar ini telah menerima lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 3 jam ia dimuatnaik buat masa ini. Rasanya tidak pernah lagi kita melihat persiapan sebegini apabila menyambut kelahiran cucu. Ini memang sangat-sangat rare..
Jom lihat perkongsian di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Tahniah nokkkk!! Nak cari jugak lah selimpang kuning shieraijoy.. Tahniah dah dpt title “Datuk & Nenda”.. Suka Tau Alhamdulillah… Tahniah.. “
” Tahniah dato dato sekalian, saya dh jadi oyang.. Hahahaha .. alhamdulillah tahniah kakak Shiera naik pangkat.. akak lepas sy kena panggil akak datin la ye.. “
” Ini persiapan bukan kaling-kaling ni… Datok2 dah plan daripada yang nak bersalin… Tahniah Datok2 sekalian. Nak pingat x? Pingat Pengakap saya ada.. “
” Haha comel atuk nenek! Tahniah seisi keluarga.. Congrats kak shieraijoy aka nenek mertua Seth .. steady laa cucu first tahniah dato dan nenek hahaha.. “
” Alhamdulillah syukur tahniah shiera & ejoy dh naik pangkat.. plot twist tu ayat last…hahaha tahniah atok dan nenek.. “
” Masyallah tabarakallah. Tahniah nenda Shera & Atok Ijoy .. Allahu. Mati3 ingat betoi tadi dpt comel btl caption tahniah alhamdulillah barakallah.. ”
” Alhamdulillah, Syukur atas segala nikmat Allah. Tahniah shieraijoy dan Datuk. joni.guzel sama lah awak dengan Ijoy, Datuk tak boleh lucut.. “
Wah, tak pernah terfikir untuk berbuat sedemikian. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Sharifah Shahira dan Ijoy Azhari kerana dikurniakan cucu sulung. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Talisya ketika berpantang dan sihat selalu hendaknya. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheiraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen