Artis / Selebriti
” Ini lah rupanya semangat Amir. Akhirnya nampak muka seorang isteri yang hebat.. ” – Netizen

Video Kehadiran Juara Anugerah Juara Lagu 38, Amir Jahari Bersama Isteri Tersayang Di Konti Radio Hot FM Raih Perhatian Warganet. Part Amir Cium Dan Peluk Isteri Tu Touching Sangat !!
Semalam telah menyaksikan lagu Hasrat nyanyian oleh Amir Jahari dinobatkan sebagai Juara bagi Anugerah Juara Lagu -38 . Lagu ciptaan komposer dan lirik Amir sendiri berjaya menewaskan 11 lagu lain yang berentap bagi merebut kejuaraan lagu berprestij tersebut.
Kemenangan Amir itu juga berjaya membawa pulang hadiah utama sebanyak RM100,000 dan trofi. Sekadar info, lagu Hasrat juga adalah runut bunyi filem Imaginur lakonan Beto Kusyairy dan Diana Danielle. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Aisha Retno yang membawakan lagu ‘ Sutera Itu ‘ dan tempat ketiga adalah lagu ‘ Jangan Mat1 Rasa Itu ‘ nyanyian Aina Abdul.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Hot FM telah dikongsikan video yang memaparkan menjemput Amir hadir untuk berkongsi berita kemenangannya semalam kepada semua pendengar. Menerusi video itu, turut hadir bersama adalah isteri Amir, Kartini Ismail.
Perkongsian video ini menjadi perhatian warganet apabila Fara Fauzana meminta Amir untuk mengucapkan terima kasih kepada Kartini kerana sentiasa memberikan semangat serta sokongan buat Amir. Amir telah mencium dahi isterinya dan mereka saling berpelukan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ini lah rupanya semangat Amir. Akhirnya nampak muka seorang isteri yang hebat.. Tahniah Amir, kami semua terharu Amir menang semalam.. “
” Amir Jahari bakatnye ramai tak pandang sblom lg.. Lps tersingkir dr AF dia pnah merajuk tp tak lama. Semalam dia buktikan dia mampu bergelar juara.. “
” Isteri dia org paling kuat.. Ada bc kisah dia ssh takde job.. Sedih sgt.. Harap lepas ni makin dmurahkan rezeki dia sekeluarga.. “
” Ognya biasa tapi cintanya luar biasa.. Sebak pula tengok bila Amir peluk isteri dia.. Semangat dan kekuatan perjalanan Amir.. “
” Kemenangan yang buat aku rasa terharu sebenarnya, rezeki sungguh.. Diuji hidup susah dengan anak isteri.. Finally dia dapat apa yang dia nak.. “
” Sederhana, rendah diri, namun harga diri tggi.. Tahniah Amir.. Sebak pulak tgok dia hargai isteri dia dari susah hingga senang.. “
” Saya saksi mendengar Amir bgtau dekat semua org yg adik seorg isteri yg kuat. Apabila Amir dlm kejatuhan andalah pembakar semangat dia.. “
Kelihatan semua yang ada di situ tersentuh melihat aksi spontan Amir terhadap Kartini. Benarlah apa yang dikata, kejayaan yang seorang suami pastinya datang daripada kekuatan serta semangat isteri tercinta. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Amir atas kemenangannya semalam.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen