Artis / Selebriti
” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz
Video respon Aliff Aziz apabila ditanya mengenai pertunangan bekas isterinya, Bella Astillah bersama YB Syed Saddiq raih perhatian ramai. Ini respon tuan badan sendiri..
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan sesi temubual bersama penyanyi terkenal, Aliff Aziz bersama pihak wartawan. Menerusi video tersebut, Aliff diajukan soalan mengenai bekas isterinya, Bella Astillah yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq baru-baru ini.
Menjawab dengan penuh tenang dan matang, Aliff menyatakan bahawa dia tumpang gembira dengan berita pertunangan tersebut. Malah, dia turut mendoakan agar hubungan Bella dan YB Syed Saddiq akan berkekalan serta dilimpahi kebahagiaan dalam fasa baru kehidupan mereka.
Tidak hanya itu, Aliff turut meluahkan rasa syukur apabila melihat anak-anaknya, Ayden dan Ara berada dalam keadaan gembira. Baginya, kebahagiaan anak-anak adalah perkara paling utama dan menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang diambil.

Menurut Aliff lagi, dia tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan Bella dan anak-anaknya. Dia berharap agar segala urusan mereka sentiasa dipermudahkan dan dilindungi. Dalam masa yang sama, Aliff juga mengharapkan orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik buat dirinya, meskipun dia sedar ada yang tidak menyenanginya.
Tonton video di bawah ini :
Ketika ditanya mengenai soal peribadi, khususnya sama ada dia akan menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat, Aliff menjelaskan bahawa perkara tersebut bukan keutamaannya buat masa ini. Dia memilih untuk tidak terburu-buru dalam soal jodoh.

Sebaliknya, Aliff kini lebih fokus kepada kerjayanya serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Baginya, memberi tumpuan kepada perkembangan kerjaya dan pembangunan diri adalah langkah terbaik sebelum memikirkan soal hubungan yang lebih serius.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

