Connect with us

Artis / Selebriti

” Ingatkan Nora Danish, macam kembar pun ada.. ” – Komen Netizen

Video seorang wanita wajah seiras Nora Danish raih perhatian ramai. Sekali pandang dah macam kembar Nora lah. Sebijik sama, terutamanya part mulut..

Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang memiliki wajah seiras dengan pelakon Nora Danish telah meraih perhatian ramai. Jika hanya menonton video tanpa membaca komen dan kapsyen, pastinya ramai menyangkakan itu adalah Nora.

Jika dilihat kebanyakan video di akaun Tiktok milik wanita tersebut, tidak dinafikan wajahnya sangat seiras dengan Nora. Sama ada sebelum dan sesudah berhijab, dia memiliki rupa paras seperti Nora. Ramai yang memuji kecantikan wanita ini.

Selain wajah manis yang memukau, keperibadian wanita tersebut turut menarik minat ramai. Cara beliau berinteraksi dalam video dilihat persis Nora dengan gaya dan mimik muka seperti yang selalu dilakukan oleh Nora Danish.

Perkongsian videonya meraih ribuan tontonan buat masa ini kerana raut wajahnya yang benar-benar seakan-akan selebriti tersebut daripada bentuk mata, gaya senyuman sehinggalah tutur geraknya yang lembut. Sangat persis Nora Danish.

Jom tonton video di bawah :

@beemsmn

Replying to @nurulwawa arghhh sukanyaa org baik baik ni.. cepat dm kita alamat rumahhh.. kita nak bagi hadiahhh nia.. patt dm patt. 😘😘😘😘

♬ original sound – Bukan 🙅🏻‍♀️ – Bukan 🙅🏻‍♀️

Di ruangan komen, ramai yang menyatakan wajahnya begitu seiras dengan Nora. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah:

” Ingatkan nora danish.. Mula2 tgok mcm nora danish. Lepas tgok gigi bru perasan bukan nora. Tp serius sma jeles la tgok org lawa2 nie.. “

” Nora danish tak tengok ke. ya allah sumpah weyy dia lawo sgt ! mana dapat lawo gini .. hakak ni nak jadi lawo mcm awk.. “

” Adik beradik nora danish k.. mcm kembar pn ade.. awal2 tengok mcm nora danish..cantiknya awak dik.. aku pikirkan memang Nora danish.. “

” Aku follow dia sbb nampak dia sebijik nora danish.. lawa gila.. ya Allah.. aku minta sikit cantik dia utk aku.. Dia lagi nora danish dari nora vanish.. “

” Macam Nora danish.. sungguh lawa xbiaq..bgi laa sikit lawa awakk dkt kita..penat dgn filter jaa klu nk segak.. tp awak segak semula jadi nihhhh.. bertuah awk.. “

” Kak share sikit lawa tu kak….jangan lawa songsorang kak..meh share sikit.. Orang lawa,selalu berbagi rezeki,pandai mekap lgi semoga saya boleh jdi mcm awak.. “

” Mcm nora danish, mulut Tu ketara mcm nora.. hr2 lalu fyp akak cantik sngt knpe ye.. hari hari ank kita tngok dia..sbb nk makeup supo dia.. “

Kemunculan di media sosial menjadikan wanita ini dikenali ramai kerana wajahnya kebetulan menyerupai Nora Danish. Ia merupakan bonus buatnya. Kadang-kala tanpa kita sedar, ada seseorang di luar sana yang benar-benar menyerupai kita sehingga membuatkan orang sekeliling keliru.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Bukan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Jeruk Mangga Papa Laris
Sace Lady Compact Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak