Artis / Selebriti
” Ingatkan MV lagi kali ni, betul rupanya. Tahniah.. ” – Komen Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Sarah Suhairi Dan Aswad Anuar Raih Perhatian Ramai. Wah, Diam-Diam Je, Tup Tup Terus Kahwin. Sama Cantik Dan Sama Padan !!
Hari ini merupakan hari bersejarah buat Sarah Suhairi kerana telah menamatkan zaman bujangnya. Sarah telah memilih Aswad Anuar yang merupakan seorang pensyarah UTM sebagai suaminya. Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di Berern Hill, Hulu Langat.
Menerusi akaun Instagram, sebuah video ketika majlis pernikahan sedang berlangsung telah dikongsikan. Pasangan ini dinikahkan oleh ayah Sarah sendiri dengan mas kahwin adalah seutas gelang emas dengan hantaran lima berbalas tujuh.
Pasangan pengantin mengenakan persalinan pengantin berwarna putih dan nampak berseri-seri sekali. Di akaun Instagram Sarah juga turut dikongsikan dua keping gambar ketika majlis tersebut. Sungguh cantik dengan dekorasi di dalam taman.

Sarah turut memanjat rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana segala perancangan dan majlis berlangsung dengan lancar sekali. Sarah juga berterima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut dan kini bermulalah fasa baru dalam kehidupan Sarah.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan tahniah buat Sarah dan suami. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” WAHHHH ALHAMDULILLAH CONGRATS SARAH & SUAMI!! Serious tak expect langsungg aahhh so happy for you! May Allah bless your marriage & your new phase of life.. “
” Alhamdulillah… Tahniah Sarah fan Suami Terus Bercinta sampai Syurga InsyaAllah .. Terkejut lalu terkentut AAAAAA CONGRATSSS.. “
” Tahniah Puan Sarah dan suami. Semoga setia akhir hayat dalam kebahagiaan nyawa dan raga. ini terus kahwen nihhhh, congrate.. “
” Tahniah Sarah and suami! Smoga berkekalan hingga syurga. Yeayyy already the real SAH , semoga bahagia hingga SyurgaNya bersama pasangan Sarah .. “
” Alhamdulillah congratulations sarah dan pasangan! Kita dah pernah kena tipu dengan mv…terus trauma. Ingatkan mv lagi kali ni betul rupanya. Tahniah again!!! “
” Saraaaah baby! awww congratulations sayang semoga perkahwinan sakinnah mawaddah warahmah amin SAH.. cantiknya pengantin.. “
” Congratulations Sarah and husband selamat pengantin baru semoga mahligai cinta yang dibina sampai ke jannah sarahsuhairi.. “

Sama cantik dan sama padan pasangan pengantin ini. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Sarah Suhairi dan suami. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah dan berbahagia selalu. Selamat pengantin baru.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hibglam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen

