Artis / Selebriti
” Ingatkan guna apps mirror tadi, seketoi sama, haha.. ” – Netizen

Video Pak Ya Bersama Kembar Seirasnya, Yang Sharkawi Ketika Berlakon Dalam Sepahtu ReunionΒ Telah Raih Perhatian Ramai. Wah Mana Satu Pak Ya Ni, Cara Gelak Pun Sama Dua-Dua !!
Meninjau di akaun Instagram Zon Lawak telah dikongsikan video yang memaparkan Pak Ya bersama kembarnya. Menerusi video tersebut, buat pertama kalinya Pak Ya dan kembarnya, Yang Sharkawi berlakon bersama-sama dalam rancangan Sepahtu Reunion Live.
Wartawan telah bertanyakan kepada mereka berdua, yang mana satu Pak Ya yang sebenar kerana kedua-duanya sangat mirip lebih-lebih lagi mereka memakai pakaian dan rambut palsu yang sama sehingga tidak nampak beza antara mereka. Pak Ya dan Sharkawi saling menuding jari antara satu sama lain untuk membuktikan mereka bukan Pak Ya yang sebenar.
Akhirnya Pak Ya telah memberitahu sebelah kirinya adalah abangnya. Pak Ya juga meluahkan rasa teruja dapat berlakonan bersama kembar seirasnya secara live. Akui Sharkawi, saat ini dinantikan olehnya untuk berkongsi dirinya adalah kembar Pak Ya kepada semua peminat Pak Ya yang sebelum ini bertanya adakah benar Pak Ya mempunyai kembar.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan tidak dapat membezakan Pak Ya dan Sharkawi kerana mereka kelihatan begitu seiras. Sehingga kini, video Pak Ya bersama kembarnya telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai gelagat Pak Ya bersama kembarnya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingatkan guna apps mirror tadi, seketoi sama, hahaha.. Tahi lalatnye sama.. Tp blh cam Pak Ya yg mana… Sbb kembarnya kan GB, nampak tegas nye.. Pakya diam pun dah kelakar.. “
” Β Tgk Sepahtu malam ni seyes mmg best g1ler especially part Pak Ya punya kembo tu mmg berdekah gelak anak beranak ape pun.. “
” Seiras betul ye.. Gigi dan suara pun serupa.. Takde satu pun beza, semuaa samaa.. Comel lah tengok Pak Ya dan kembar.. “
” Bila cikgu bercakap. Kat mana2 maintain nada cikgu tu.. Nada dia tu dengar tegas walaupun tgh buat kelakar, heheehe.. “
” Memang sebijik orang kabor tahi lalat kat bawah mata sama.. Bila pakai rambut palsu tu, dua2 nampak Β dah iras2 imuda, hahahaa.. “
” Masalahnya skrg taik lalat pon sama mcm mna nk cam nya.. Yg kanan tu abg, Cikgu Yang Syakarwi nama dia, bekas cikgu sekolah menengah sy dulu.. “
” Wahh ni dah macam upin ipin tapi versi ada rambut dan misai, hahahaha sama betul lah.. Pening sekejap tgk video ni.. “
Difahamkan abang Pak Ya ini merupakan seorang bekas guru dan bekas pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) . Apa-apa pun semoga kedua mereka terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG zonlawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra