Artis / Selebriti
” Ingat surprise kete terbako.. ” – Bell Ngasri
Video Shiha Zikir menerima kejutan sempena hari lahirnya raih perhatian ramai. Bak kata Bell, ingatkan kereta terbakar, macam ada api dalam kereta. Sekali tengok hadiah dan kek birthday, melompat terus Shiha dibuatnya..
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Shiha Zikir, telah dikongsikan satu posting baru yang memaparkan gambar Shiha bersama ibunya. Tulis Shiha pada ruangan kapsyen, mengatakan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa dan ucapan sempena hari lahirnya pada 2 November baru-baru ini.
Menerusi posting lain pula, Shiha memuatnaik satu video menerima kejutan istimewa sempena hari lahirnya. Menerusi video itu, Shiha diminta untuk datang ke sebuah kereta dan apabila pintu kereta dibuka, Shiha terkejut melihat apa yang ada pada seat hadapan kereta tersebut.
Kelihatan Shiha telah menerima sebuah beg tangan berjenama mewah iaitu Louis Vuitton dan kek hari lahir bertemakan jenama itu juga. Selepas menerima hadiah, Shiha turut bersalaman dengan ibunya yang sedang duduk di seat belakang kereta.

Perkongsian video oleh Shiha ini telah menarik perhatian ramai dan rakan artis. Menjengah di ruangan komen, pelakon Bell Ngasri berseloroh menyakat Shiha mengatakan dirinya menyangka Shiha menerima kejutan kereta terbakar kerana nampak bercahaya di dalam kereta itu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian oleh Shiha, ramai yang turut mengambil kesempatan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Shiha. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingat surprise kete terbako.. ” – Bell Ngasri
” Happy birthday darling.. Semoga dimurah kan rezeki, dipermudahkan segala urusan Shiha, moga Shiha berjaya di dunia dan akhirat.. “
” Auuuwww Yippeeee birthdayyy babehhh.. Moga terus sukses dan sntiasa dibawah LindunganNya. Sihat2 slalu naaa sayang.. “
” Happy birthday to the most beautiful & multi talented woman.. Semoga happy slalu.. Seronok betul tu tengok hadiah yang dapat, hehe.. Muahhhhhh.. “
” Wowww bukan kaleng-kaleng hadiah tu… Btw happy birthday Shiha.. Semoga terus dimurahkan rezeki dan sihat selalu hendaknya.. “
” Hanah helwah Shihazikir semoga dipanjangkan umoq dlm barakah, dikurniakan keluarga yg sakinah mawaddah wa rahmah. semoga dilimpahi rahmat dan rezeki Allah yg melimpah ruah.. “
” Happy birthday dear, moga bertambah umur dlm barokah, bahagia dunia akhirat, makin dicintai Allah dan Rasul ameen2.. “
” Selamat Ulang Tahun dear sis.. Scorpio girl, kita pun soon.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg bagus diberikan kebahagian dunia & Akhirat.. “
Komen Bell memang kelakar, sempat lagi nak menyakat Shiha. Meskipun hari lahir Shiha sudah berlalu, di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Shiha. Semoga Shiha terus success dalam kerjayanya dan segala urusan Shiha sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : -IG shihazikir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen

