Connect with us

Artis / Selebriti

” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

Video anak kedua Amyza Aznan, Adrian Adam bercerita perbualan terakhirnya bersama arwah abangnya, Andre Mikhail buat ramai tersentuh. Lembut tutur kata Adrian. Anak yang tabah walaupun dia sendiri pun sedang melawan penyakit.. 

Jenazah anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail telah pun selamat dikebumikan sekitar pada jam 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana. Suasana pilu menyelubungi situasi itu, apatah lagi melihat kesedihan pada wajah Amyza dan seluruh ahli keluarga.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak kedua Amyza, Adrian Adam ditemubual oleh pihak wartawan. Untuk info, Adrian baru sahaja disahkan mengidap kanser tulang baru-baru ini.

Adrian mula mengalami sakit di bahagian kaki dan kakinya membengkak akibat sakit yang dideritainya ini. Walaupun Adrian sendiri tidak sihat, anak muda ini tetap menguatkan dirinya untuk selalu ada di samping ibu tercinta dan memberikan sokongan serta semangat.

Adrian berjanji akan mengalas tugas sebagai anak sulung kepada keluarga. Tanggungjawabnya kini besar dan dia redha dengan segala ketentuan Ilahi. Adrian turut berkongsi cerita perbualan terakhirnya bersama arwah Andre ketika berada di hospital.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” He’s so polite. Bestnya dengar dia bercakap, so calming.. Matang betul cara adrian berckp..apa pun Al Fatihah utk arwah n moga ada keajaiban yg lebih baik buat adrian adam.. “

” Lembut betol tutur kata . bagus didikan kak amyza dan suami. insha allah anak kak amyza tarik tgn akak dan suami serta adik berqdik ke syurga.. “

” Ikhlas dan redho nya dia , padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. Tersusun kata bicara… soft spoken, matang… semoga Adrian akan sembuh dr pemyakit kanser tulang ya nak.. “

” Matang dan tabah sgt2 Adrian ni… tenang sungguh dia, bagus anak anak Amyza ni, baik tutur katanya, tengok orangnya sopan sangat.. moga Allah kurnia kan kesemnuhan ke atas mu nak.. “

” Al fatihah utk arwah.. baiknye tuturkata anak2 kak amyza.. kak amyza besarkan mereka dgn cara baik .. alhamdulilahh.. and also takziah to kak amyza skeluarga.. semoga areah ditempatkan bersama orang2 beriman.. “

” Allahuakbar.. kuatnya awak dik.. Semoga anak soleh ni tabah dan kembali sihat smula yaa.. dia pun perlukan sokongan dan doa kita smua.. “

” MasyaAllah dia bijak berkata, nmpk matang, kuat dan tabah. lembut pertuturannya.. Semoga Allah angkat penyakit Adrian supaya dia dapat menjaga family dia…Aamiin.. “

Adrian pasti akan melaksanakan tugas sebagai anak sulung yang ditinggalkan oleh arwah abangnya dengan sebaik mungkin. Adrian juga perlukan sokongan daripada kita semua untuk melawan kanser tulangnya itu. Sama-sama kita doakan kesembuhan untuk Adrian.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak