Artis / Selebriti
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
Video isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri sedang mengajar anak tirinya, Wan Maryam subjek Bahasa Inggeris raih perhatian warganet. Lemah-lembut je suara Faz mengajar. Seronok tengok bonding time antara Faz dan Cik Yam..
Umum mengetahui pelakon Fizo Omar telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Fazeera Nazri pada tahun 2021. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.
Sekadar info, menerusi perkahwinan terdahulu bersama usahawan terkenal, Mawar Karim, Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Wan Maryam. Meskipun sudah berpisah, Mawar dan Fizo bersepakat membesarkan anak mereka tersebut secara bergilir-gilir.
Meninjau di akaun TikTok milik fariza_zairul, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fazeera sedang mengajar Maryam atau mesra dengan panggilan manjanya, Cik Yam. Menerusi video itu, kelihaan Fazeera mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada Maryam.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang memuji sikap Fazeera terhadap anak tirinya dan mengatakan sikap seperti itu harus diberikan pujian dan dicontohi oleh para ibu tiri di luar sana. Sehingga kini, perkongsian video tersebut ditonton lebih 100 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@fariza_zairul
Di ruangan komen, ada yang memberikan komen suka melihat cara Faz mengajar Cik Yam. Antara komen menarik daripada warganet adalah :
” Untungnya Maryam ada dua ibu yang baik mewarnai kehidupannya. .Terbaik lah Ummi, Ibu tiri yg patut dicontohi.. “
“Alhamdulillah.. Bagusnya Faz adakn masa utk lyn Maryam.. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. “
Lemah-lembut cara Faz mengajar Cik Yam, Cik Yam pun sangat tekun belajar bersama umminya. Bagi yang mengikuti Fazeera, pasti mengetahui yang Cik Yam begitu rapat dengan Fazeera dari awal lagi perkahwinannya bersama Fizo.

Biar pun bergelar ibu tiri, jelas kelihatan betapa sayangnya Fazeera kepada Cik Yam dan kasih sayangnya itu juga seperti seorang ibu kandung. Semoga kasih sayang antara Fazeera dan Cik Yam akan terus kekal selamanya dan didoakan semoga Cik Yam terus menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok fariza_zairul, IG fizoomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

