Connect with us

Artis / Selebriti

” Ibu stress dengan Afwa kacau dekat dapur.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Video Afwa mengacau ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza memasak di dapur buat ramai terhibur. Comel sangat gelagat Afwa. Tak tenang Tokti nak masak, haha..

Meninjau ke akaun Instagram Muhammad Afwa, perkongsian dua buah video yang memaparkan Dato’ Seri Siti Nurhaliza sedang sibuk memasak di dapur telah meraih perhatian ramai. Di sebalik kesibukan itu, Afwa mengambil kesempatan mengacau ibunya.

Dato’ Seri Siti kelihatan sedikit terganggu untuk memasak apabila melihat gelagat Afwa yang mundar mandir di belakangnya. Sesekali membuka peti ais dan mengambil sesuatu. Agaknya apa dalam fikiran Afwa untuk mengganggu ibunya.

Gelagat spontan Afwa itu nyata mencuit hati warganet yang menonton video berkenaan. Ramai yang terhibur melihat keletahnya yang begitu aktif dan penuh rasa ingin tahu, seolah-olah dapur itu adalah ‘taman permainan’ buat dirinya. Walaupun sedang memasak, Dato’ Seri Siti Nurhaliza tetap melayan kerenah anaknya dengan sabar, mempamerkan sisi keibuan yang lembut dan penyayang.

Ada yang mengatakan situasi tersebut sangat ‘relatable’ kerana ramai ibu mengalami perkara sama ketika memasak di rumah. Kehadiran Muhammad Afwa jelas menceriakan suasana, walaupun kadangkala mengundang sedikit kekecohan kecil.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Anak no 2 memang tak boleh nampak mak nya nak tenang².. Kalau ada Afwa, tajuk rancangan ialah, ‘Riuh Rendah bersama Afwa’.. “

” Mentang2 laki dia datuk K..sampai ke apron pun huruf k comel, Afwa ni bila panggil join live tak nak, bila tak dijemput byk bunyi .. “

” Tok ti. Sy perasan baju tu. Bl kat tt. Mmg best lah Tok ti. Sy bangga dpt sepasang bj dgn Tok ti.. Betul resepi kulit karipap sedap.. “

” Boleh2, kami suka kalau masak2 lepas tu ada afwa.. kita akan merindui saat mcm ni bila anak dah besar, Afwa lucuu… cari perhatian ibu.. “

” Pandai plak tu cakap pastu letak ayam goyeng..afwa³.. Ini la alasan terbesar kenapa dato memang kene kerja menyanyi je.. “

” Comell la dia siap minum vitagen, Kacau balau rancangan Mak Iti bila ada Afwa . Ctdk mmg cantik pandai nyanyi pandai masak.. “

” Kantoi afwa tak pose. Afwa ni sabau je lah. Haha..comel la awk afwa..xblh ddk diam..die..nk kacau ibunye je.. Sekali dia sengih sebiji rupa dato k.. “

Video ringkas sebegini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi gambaran kehidupan seharian Dato’ Seri Siti sebagai seorang ibu. Momen ringkas tetapi penuh makna itu berjaya membuatkan ramai tersenyum dan terasa hangat di hati.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Muhd Afwa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak