Connect with us

Artis / Selebriti

” Ibu, Ara nanti nak nyanyi dengan the famous singer.. ” – Azzahra Jiwa

Video DS Siti Nurhaliza melayani cucunya, Azzahra Jiwa menyanyi lagu raya raih perhatian warganet. Wahh, akhirnya impian Ara nak menyanyi dengan penyanyi terkenal tercapai lah. Comel suara Ara menyanyi..

Meninjau di akaun Instagram milik Azzahra Jiwa Asyraf, telah dikongsikan satu video yang memaparkan momen manis Azzahra bersama nenek tersayang, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Menerusi video tersebut, kelihatan penyanyi tersohor negara itu begitu mesra melayani cucunya, Azzahra yang sedang menyanyi beberapa buah lagu raya dengan penuh semangat.

Menerusi rakaman itu, suasana tampak cukup ceria apabila DS Siti turut meluangkan masa bersama ahli keluarga lain sambil menikmati hidangan di sebuah restoran. Kehangatan hubungan kekeluargaan jelas kelihatan dan menjadikan momen tersebut bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh hati ramai yang menonton.

Di ruangan kapsyen pula, ibu kepada Azzahra iaitu Tya Arifin berkongsi kisah menarik di sebalik video tersebut. Menurutnya, sebelum ini Azzahra pernah menyuarakan hasrat untuk menyanyi bersama seorang penyanyi popular, sesuatu yang dianggap sebagai impian besar bagi kanak-kanak seusianya.

Namun siapa sangka, impian itu akhirnya menjadi kenyataan dengan cara yang cukup istimewa. Seloroh Tya, permintaan tersebut sebenarnya telah pun ditunaikan apabila Azzahra kini berpeluang menyanyi bersama neneknya sendiri yang merupakan seorang penyanyi lagenda tanah air.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kuatttt nauuu kabel ko dikkkkkkkkk HAHAH..  Ara nyanyi sama diva internasional tu, bukan kaleng2.. “

” Kabel besar ni… Free lak tu shomell Araa… Auntie doakan moga kakak ara mnjadi ank solehah penyejuk hati semua.. “

” When your grandma is malaysian sweetheart .. Untung Araaaa mmg dpt nenek penyanyi no syatuuuu.. Ara berbakat dlm bidang nyanyian.. “

” Hehe ara memang minat menyanyi She So excited kalau tgk tokti nyanyi.. Haha teringat dia celoteh dgn Aafiyah I like your mother song hahaha.. “

Gelagat DS Siti melayani cucunya itu turut mencuri perhatian ramai. Azzahra bersama sepupunya dilihat memulakan nyanyian dengan lagu raya popular “Beraya Dengan Saya”, sebelum suasana bertambah meriah apabila mereka meneruskan dengan lagu “Meriah Lain Macam”.

Keserasian antara mereka jelas kelihatan. Momen tersebut bukan sahaja mencuit hati, malah membuktikan betapa eratnya hubungan antara DS Siti dan cucu-cucunya dan ianya juga mengundang rasa terhibur di kalangan warganet yang menonton.

Silakan SHARE..

Sumber : IG azzahrajiwaasyraf

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak