Connect with us

Artis / Selebriti

” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen

Video dua menantu Sheila Rusly, Elisya Sandha dan Beatrice bermain satu permainan menguji sejauh mana mereka mengenai ibu mentua buat warganet terhibur. Wah menantu setahun menang lah. Paling kuat melawan ni, haha..

Sheila Rusly, Elisya Sandha dan Beatrice antara duta Inayah Beauty. Banyak penggambaran yang telah dilakukan melibatkan mereka bertiga. Antaranya content mereka bermain satu permainan yang mana Elisya dan Beatrice diuji mengenai sejauh mana mereka mengenali ibu mentua mereka itu.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Inayah Beauty, telah dikongsikan video suasana ketika permainan itu dijalankan. Antara soalan yang diajukan kepada menantu Sheila ini adalah mengenai habit Sheila yang suka tidur awal, makanan kegemaran Sheila, tempat kelahiran Sheila, size kasut Sheila dan kuih raya kegemaran Sheila.

Keputusannya, Beatrice memenangi games ini dengan berjaya menjawab 6 soalan dengan betul. Elisya pula memberikan 4 jawapan yang betul. Memetik komen warganet, Beatrice paling suka melawan dan bertekak dengan Sheila. Mungkin juga kerana tebiat suka ‘bergaduh’ dengan Sheila membuatkan Beatrice lebih ‘masak’ dengan perangai Sheila.

Gelagat Elisya dan Beatrice menghiburkan warganet. Beatrice memang seorang menantu yang sempoi dan kelakar. Malah jika dilihat, Sheila dan Tok Sidang juga melayani menantu-menantu mereka ini seperti anak lelaki mereka sendiri. Beruntung Beatrice dan Elisya ada mentua seperti ini.

Jom tonton video :

@inayahbeautytrading

Siapa yang lagi kenal Sis Sheila Rusly. #sheilarusly #elisyasandha #beatrice #berryfullplus #gattox

♬ bunyi asal – TripleTwo222 – TripleTwo222

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Menantu nakal dia menang haha.. dah hari hari gaduh, tak kan lah tak kenal haha.. selalu yang macam tu lah cukup kenal.. Dua2 menantu masuk air mcm mak mentua juga tu yg buat dia org serasi.. “

” Yang paling kerap bertekak tu la yang kenal dia lebih haha.. cara menantu 1 tahun tu menjwb bkn main lg.. hempuk2 tgn ala-ala stail gengster.. sakit perut ketawa tengok Trice.. “

” Yg selalu n kuat melawan tu lah lebih kenal Sis Shiela hehe.. ok nampaknya geran bakal jatuh ke tangan siapa dh blh nmpak ni haha.. “

” Menantu 1 tahun tu betul2 copy paste mak mertua dia.. yang pasti dua2x menantu sheila ni lawa dan sayang sangat sangat dengan mak mertua dorang.. “

” Menantu nakal memang dihayati semua, memori dia tajam.. dedua ni memang menantu terbaikkk.. pendek kata mak mertua terbaik.. “

” Yayyyyyy… beatrice menang. i like beatrice.. perangai memang nakal menantu nombor 2 ni.. Gaduh gaduh pun dia menang haha.. “

” Comel menantu nakal yang menang.. dua dua menantu dia best, sporting.. comel dua dua menantu Sheila ni.. kuat melawan tapi alert eh Beatrice.. “

Terhibur warganet melihat perangai nakal Beatrice ketika menjawab ke semua soalan yang diajukan. Bukan main ‘gangster’ lagi gayanya itu. Apa-apa pun, kedua-dua menantu Sheila ini memang mengenali ibu mertua mereka dan disayangi oleh Sheila tanpa berbelah bahagi.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Inayahbeautytrading   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sace Lady Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak