Artis / Selebriti
” Haroqs, kau memang anak yang hebat. Allah pilih kau dik.. ” – Komen Netizen
Perkongsian perbualan WhatsApp terakhir peserta Global Sumud Flotilla, Haroqs dengan Mama dan Papanya buat ramai tersentuh. Semangat juang anak muda yang hebat. Sebaknya baca pesanan Haroqs..
Hareez Adzrami atau mesra dengan sapaan Haroqs merupakan peserta dari Malaysia yang termuda dalam misi Global Sumud Flotilla. Anak muda ini merupakan seorang personaliti media sosial dan juga jurugambar serta aktivis kemanusian. Ini bukan lah misi pertama yang Haroqs sertai dan sebelum ini Haroqs pernah ke Syria.
Menerusi perkongsian di Instastory Haroqs, telah dikongsikan beberapa tangkap layar yang memaparkan pesanan WhatsApp terakhir yang dihantar oleh Haroqs kepada kedua ibu bapanya. Haroqs memberitahu papanya yang dirinya akan berhadapan dengan situasi getir tidak lama lagi.
Haroqs juga meminta agar papanya mendoakan yang baik-baik untuknya. Selain itu, Haroqs memohon kemaafan sekiranya ada dosa dan salah silap yang dilakukannya dan minta dihalalkan segalanya. Untuk mamanya pula, Haroqs mencoretkan agar mamanya tidak risau kerana dia baik-baik sahaja di lautan yang luas terbentang.

Haroqs turut memberitahu mamanya yang berita gembira akan menyusul keesokan harinya. Pesanan ini dihantar ketika Haroqs ingin memasuki red zone dan kini umum mengetahui kapal yang dinaiki oleh Haroqs telah pun ditawan. Impian Haroqs untuk memberikan kanak-kanak di sana coklat tidak tercapai.
Jom baca perkongsian di bawah :
J

Perkongsian ini juga telah dikongsikan menerusi akaun Instagram Sinar My dan telah meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haroqs contoh ikon Generasi Muda terbaik segenap Jagatraya, Salute.. tabarakallah Haroqs, sungguh luar biasa didikan Aqidah orang tua mu.. “
” Apa yang dilakukan oleh anak muda ini wajar di contohi oleh remaja dan generasi muda yang lain, syabas Haroq.. “
” Ya Allah sebaknya baca.. Semoga Allah lindungi semua yang sedang ditahan dan berjuang untuk sampai.. “
” Haroq kau memang anak yg hebat.. Allah pilih kau dikk.. bermakna kau mmg seorg yg hebat.. hebat didikan mak ayh awak.. semuga Allah lindungi dan permudahkan. sglanya.. insya Allah awak akn kembali dgn selamat.. Allah maha baiik.. “
” Allahuakbar, anak yang baik soleh.. Doa ibu bapa kamu Allah akan angkt dik.. Allahuakbar ank hebat. Semoga para pejuang sumud flotila selamat aamiin ya Allah.. “
” Nangissss bacaaa, hebat sungguh jiwa orang muda ini Ya Allah.. kite xmmpu dan xberani mcm dorg.. “
” Allahuakbar.. kamu anak yg hebat Haroqs.. moga ada keajaiban dari Allah SWT buat mereka semua.. “
Hebatnya seorang insan bernama Haroqs, anak muda yang berpandangan jauh dan ada visinya tersendiri tentang kemanusiaan. Semoga Haroqs baik-baik sahaja sepanjang tempoh berada di sana dan kembali ke pangkuan keluarga yang setia menanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Haroqs, IG Sinar My
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

