Artis / Selebriti
” Hanya awie berani kata Erra bohong, hanya Erra berani tunjuk awie. Dua-dua comel.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Awie menyakat Erra Fazira ketika Erra sedang menyanyi lagu Pasrah di sebuah majlis buat warganet terhibur. Nasib tak kena ketuk dengan Erra, spontan je Dato’ Awie cakap macam tu. Lawak betul lah, haha..
Pasangan ini pernah menjadi pasangan terhangat dan mengikat tali pertunangan suatu masa dahulu, namun takdir sudah tertulis, antara mereka tiada jodoh. Pernah melalui fasa tidak bertegur sapa, namun masa mengubah segalanya dan kini pasangan ini menjadi sahabat baik.
Dato’ Awie dan Erra Fazira adalah pasangan yang dimaksudkan. Persahabatan mereka kini disukai oleh ramai peminat. Dato’ Awie dan Erra juga sudah beberapa kali mengadakan show bersama dan keserasian antara mereka berdua masih kuat. Setiap kali bertemu, pasti ada sahaja bahan yang menjadi gelak ketawa mereka berdua.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Setledmf2fe, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Erra sedang menyanyi secara live dalam sebuah majlis. Erra mendendangkan salah satu lagu hits yang menaikkan namanya berjudul Pasrah.

Dato’ Awie yang berada di kalangan penonton merakamkan video Erra menyanyi dan sempat menyakat Erra secara spontan. Tersenyum sahaja Erra dengan usikan sahabat baiknya itu. Suka betul Dato’ Awie mengusik Erra, selamat tak kena ketuk dengan Erra, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@setledmf2fe
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 26 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lagu ni lepas awie kahwin. dalam movie yang erra berlakon lepas tu kan.. suka erra dan Dato’ Awie.. awie memang kelakar lah.. Walaupun mereka tak ditakdirkan utk jadi suami isteri, tapi tetap boleh berkawan dgn baik sampai la sekarang nie.. “
” Asal aku ulang2 tgk hahaha adoi … tapi kisah dia sedih era ni.. tp erra ni masih baik dgn ex2 dia termasuk ex suami dia yusry kru, tak bermusuh, tak berdendam.. “
” Anak erra dok perati jerr.. Mana tau anak awie & anak erra pulak yg bejodohan.. boleh jadikkk kan.. berbesan pulakk dah.. “
” Kisah silam mereka mngajar erti keinsafan dan pngorbanan.. shbat selamanye.. yg tau kesah silam mereka.. ada manis ada pahitnyr.. terbaik sis era n bro awie.. “
” Diciptakan oleh Allah ,bercinta ,bertunang ,putus tiada jodoh ,hanya menikmati sisa sisa umur sebagai sahabat sejati & akrab sekali ,tahniah persahabatan membawa kebahagian kedua dua pihak.. amin.. “
” Seronok tengok friendship awie & erra sekarang. masing2 dah berusia.. ahhhh penatlah ulang2.. tekan kua pastu tekan masuk balik.. pastu sengeh.. ehhh apahal ni.. “
” Abang awie ni memang lah, suka menyakat Erra. Aku pulak yang gelak dah kenapa haha.. hanya awie berani kata erra bohong hanya erra berani tunjuk awie.. dua2 comel.. “
Siapa yang tidak terhibur melihat telatah Dato’ Awie mengusik Erra itu. Nasib baik lah Erra mampu menahan ketawanya dan meneruskan nyanyian dengan baik. Tidak ditakdirkan untuk hidup bersama tetapi kekal menjadi sahabat baik selama-lamanya, terbaik lah Dato’ Awie dan Erra.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Setledmf2fe
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

