Artis / Selebriti
” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen
Video Mamak Puteh tidak bangun-bangun selepas terjatuh ketika membuat persembahan di Muzikal Lawak Supertar 5 mengejutkan ramai. Sampai berlari Zizan Razak naik atas pentas bila Mamak tak bergerak. Sekali semua kena prank, Zizan kesat semula air mata..
Program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 5 telah pun memasuki minggu suku akhir semalam. Ke semua peserta mempersembahkan sketsa lawak mereka yang terbaik untuk menghiburkan penonton dan memikat hati juri MLS5 bagi melayakkan mereka mendapat tempat ke pusingan seterusnya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Remaja, telah dikongsikan sedutan video persembahan kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Ali Puteh, Mamak Puteh dan Atoy. Persembahan kumpulan Puteh pada malam ini membuatkan penonton cuak pada awalnya.
Mamak berpura-pura tidak sedarkan diri ketika melakukan babak terjatuh bersama Ali dan Atoy. Ali yang sudah mula kelihatan cuak mengejut Mamak berkali-kali supaya bangun dan memanggil pasukan perubatan. Zizan yang bertindak sebagai juri pantas berlari naik ke pentas untuk memberikan bantuan.

Namun seketika kemudian, ketawa mula memenuhi auditorium apabila Mamak bangun dan melompat-lompat mengatakan pranknya menjadi. Prank kali ini bukan hanya juri dan penonton yang terkena tetapi juga satu Malaysia tertipu dengan Mamak.
Jom tonton video di bawah :
@remaja.my [LIVE] #MuzikalLawakSuperstar5 Suku Akhir 🕹 Ishhh, terkejut min tauu. PUTEH niiii.. nak kena babab niii.. #MajalahRemaja #Remaja #MLS5 #MuzikalLawakSuperstar
@remaja.my [LIVE] #MuzikalLawakSuperstar5 Suku Akhir 🕹 Hal kesihatan & keselamatan peserta tak boleh dibawa main. Setuju? #MajalahRemaja #Remaja #MLS5 #MuzikalLawakSuperstar
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Zizan ternyata seorang yang cakna dan prihatin. Senang jatuh belas. Senang citer, jenis orang yang hati lembut buat baik, inshaALLAH.. “
” Zizan nie nmpk sungguh dia nie bagus.. betul la tu dia ckp berjiwa rakyat.. hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni.. “
” Zizan ni bagus caring weyh . sebb dia pun pernah alami mcm tu kan.. zizan dalam hati ada bunga.. kesat semula air mata.. “
” Ko ni mamak, aku yang dekat umah tadi pun cuak.. tertipu betul ingat betul laa.. sumpah tak suka prank yang macam ni, luruh jantung heh.. “
” Zizan ni aku blh kategorikan sebagai insan yang berhati mulia … sbb banyak kebaikan yang dia buat dalam diam yg kita xthu.. “
” Aaa comelnya Zizan, nampak caringnya tu.. zizan ni hati tisu ekk.. tu lah kata kita nie dh makin ningkat usia mmg gitu.. cepat tangkap leleh. mcm akulah. benda cakap sikit nak ngalir airmata.. “
” Nampak Zizan malam Muzikal Lawak minggu nie lain sangat2.. Mudah tersentuh,1st time nampak Zizan nangis utk persembahan org lain.. “
Prank yang membuat ramai cuak termasuk lah para juri. Zizan sememangnya seorang yang bersifat prihatin dan mengambil terhadap kawan-kawan sehinggakan menitik air mata kerana terlalu risau. Pujian untuk Zizan dan untuk kumpulan Puteh, moga dapat mengambil teguran yang diberikan oleh juri dari sudut positif.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Remaja.my, Tiktok Astro Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

