Connect with us

Artis / Selebriti

” Halah halah tak expect lepas gosok-gosok tu keluar bakal mama mentua Bella. Wah ni hint lagi, saya suka.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah, YB Syed Saddiq serta Mama dan Abuya YB di hadapan Eiffel Tower buat peminat BASS teruja. Alahai sweet sungguh, masing-masing tak nak kalah ye. Kapsyen tu memang bagi hint sangat..

Primavalet memulakan langkah awal dengan menyiapkan beberapa penggambaran untuk kempen baju keluaran mereka ketika berada di France dan Paris baru-baru ini. Selain YB Saddiq dan Bella Astillah sebagai duta rasmi Primavalet, Mama dan Abuya YB Saddiq juga turut menjayakan shooting ini.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Primavalet, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bella dan YB Saddiq di hadapan Eiffel Tower. Dengan kapsyen tertulis ‘ bercinta sampai ke hujung usia ‘, ianya menarik perhatian pencinta BASS.

Memperagakan baju kurung dan baju Melayu Primavalet berwarna kuning air, pasangan ini tersenyum manis sambil memandang antara satu sama lain. Bella kemudian berjalan ke arah hadapan dan menggosok lensa kamera menggunakan hujung bajunya.

Siapa sangka, Mama YB Saddiq akan mengikuti membuat trend viral ini. Comel sahaja melihat Mama menyambung aksi Bella dan memperlihatkan baju yang dipakainya bersama Abuya. Komen warganet, jika YB Saddiq itu dikatakan sweet, Abuyanya lagi berganda-ganda sweet.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 12 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Halahh halahhhh tak expect lepas gosok2 tu keluar mama mentua bella.. Manis2 semuanya… smg cinta kalian smp syurga. Bercinta sampai kahwin pleaseee.. “

” Masya-Allah, kenapa sweet sgt ni ummi and abuyah kalah bass ni, moga kedua2 psgn bahagia hingga ke akhir usia.. thanks for the vit. waaa ni hint lagi. Saya sukaaa. Sweet nyaaas both couple ni.. “

” Alaaaa shomel 2 pasangan ni.. Suke tengok Abuyah ngn Mama syedsaddiq .. nmpk diaorg ni ikhlas n baik hati… untung bellaastillah ..”

” Arghh berhabuk nya mata.. semoga yb ,bella serta seisi keluarga sntiasa dalam jagaan dan lindungan Allah selalu serta berbahagia hingga akhir hayat.. “

” Aloooo sweet nya moga BASS boleh bersama mcm mama dan abuya.. kire betul la ni ek.. Klau tgok btul2 snyuman bella dgn mak yb sama sbnrnye.. “

” MasyaAllah. Semoga berjodoh Bella & YB Syed Saddiq.. Dua dua sweet couple.. aamiin… doa yg baik2 utk bass ksygan kami.. “

” Mana2 hospital gila ada kocong tolong rogerr saya.. otak saya rosak hati saya ade bunga dtaman. Jap nak cari tangki oksigen rasa nafas tercunggap2 dah ni sebab terlalu manis.. “

” Sweetnyeeee masing masing.. Hahaha lawak lah abuyah ashik nk terlentok je eh hahaha cute.. dah nampak dah perangai yb saddiq ikut siapa hehe.. “

Bukan hanya YB Saddiq dan Bella yang kelihatan romantis tetapi Abuya dan Mama juga tidak mahu kalah. Andainya Bella dan YB Saddiq da jodoh bersama, semoga dapat berkasih sayang seperti Abuya dan Mama sehingga ke hari tua. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk BASS.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Primavalet  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Minyak Herba Asmak

Trending

Copyright © Berita Kopak