Connect with us

Artis / Selebriti

” Hadie terus jadi Pak Maon eh. Vokal dia maskulin mendayu-dayu, sedap sungguh suara Hadie.. ” – Komen Netizen

Video Hadie membawakan lagu Oh Fatimah di konsert minggu ketiga Talk To My Manager buat penonton terhibur. Rare lah suara Hadie, sesuai sangat dengan lagu lama. Part Hadie goyang tu, bersorak semua. Amboi Hadie, haha..

Selain Thalita dan Amad, Hadie yang merupakan anak Ina Naim juga antara peserta yang dinanti-nanti saban minggu oleh penonton setia rancangan Talk To My Manager. Hadie disukai ramai kerana sikapnya yang selalu merendah diri, bersopan santun dalam tutur katanya dan sangat menghormati orang lain.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan video persembahan Hadie di pentas TTMM semalam. Hadie membawakan lagu Oh Fatimah dan ianya menjadi persembahan pembukaan untuk konsert TTMM minggu ketiga.

Kali pertama Hadie menari di hadapan orang ramai, percubaan Hadie untuk menunjukkan bakatnya menjadi. Lagu lama ini tidak semua orang mampu menyanyikannya dengan bagus. Tone suara Hadie sangat bersesuaian dengan lagu tersebut dan sedap didengar.

Suara mantap dan berjoget pula lincah, Hadie kelihatan seperti karakter Pak Maon. Terhibur semua melihat Hadie bergoyang di atas pentas. Juri Che Puan Sarimah juga memuji kehebatan Hadie di pentas dan mengatakan Hadie ada sesuatu yang boleh mencipta fenomena.

Jom tonton video di bawah :

@f8buzz

Goyang Hadie, goyangggg 🥰 Hadie X Ina Naim 🎤✨ Talk To My Manager minggu ketiga! Ada yang tersingkir atau tidak minggu ini? Saksikan lapan gandingan hebat ibu bapa selebriti dan anak mereka: Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara Aziz, Sharifah Shahirah & Auddra, Shuib & Thalita, Sharifah Zarina & Athalia, Ina Naim & Hadie, serta Liza Hanim & Marsya. Setiap pasangan berjuang bukan sekadar dengan bakat, tapi strategi pengurusan daripada orang tersayang! 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro Go • sooka 👑 Hos: Datuk Aznil Hj. Nawawi Juri: Che Puan Sarimah & Dato’ AC Mizal #f8buzzhiburan #TalkToMyManager #AstroRia #RealityShow #hadie

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

@mey.yayan

Alhamdulillah rezeki @ADI? #fyp #fypシ #talktomymanager

♬ original sound – Mey Yayan – Mey Yayan

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian warganet dan pelbagai komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Hadie berbakat.. Terbaik hadie.. mendayu² suara hafie… mlm tdi.. alhamdulillah.. dia ni ada sesuatu.. rugi klu tersingkir.. teruja. Hadi boleh bawa semua lagu. Punya aura yg tinggi. smg Hadi juara.. Gaya hadir joget sana MCM Mawi masa mula2 mak AF.. “

” Suara yg susah nak cari zmn now.. yang penting ada identiti tersendiri.. sedap btl suara hadie ngn lagu ni.. pndai pilih lagu.. Kelakar hadie ada sikit mcm arwah abah dia.. “

” Weh nampak sgt yg ni copy paste muka ayahnya.. Seddap sungguh suara hadie.. Suara memukau kena dgn Hadie awk mmg selalu terbaik tahniah.. “

” Setuju tok RAM cakap vokal dia maskulin… bukan sebarang lagu bole kena dgn vokal dia.. tapi bila kena dgn lagu memang hidup.. rare suara dia ni.. “

” Dia ni da cam fenomena mawi. sikit lagi fenomena HadieWiii.. btol2 dia ada Aura x semua pnyanyi ada tauuu… tapi Hadie Ada.. “

” Hadiee haha, terus jadi pak maon eh. lincah sakan Hadie berjoget.. rasanya dia belum keluarkan semua talent dia tu.. suara dia pun tak lepaskan habis.. nnti next week keluar habis suara Hadie.. “

” Terbaik laa suara Hadie mlm ni, betul2 aura Hadie Maunnn.. harap Hadie pandai pilih lagu yg sesuai ok, saya Team Hadie, best performance mlmni.. “

” Menghiburkan, kena dengan suara dia lagu ni.. best tone suara Hadie.. Yesss.. minggu depan boleh dengar dia nyanyi lagu Nur Kasih syok wooo.. Mode nasyid next week.. “

” Hadi ni aku tgk lah.. aku lah tgk.. dia ibarat cerita yg ada selepas cerita² lain.. cerita masa ‘AF’ dulu, lps tu ‘cerita’ Arwah Ayah dia, then ‘cerita’ Mak nya. Sehingga kau nak tgk dia perform tiap² minggu. He got that ‘Aura’.. “

Persembahan yang menarik daripada Hadie dan ianya berjaya menambat hati penonton bukan sahaja di auditorium tetapi juga di rumah. Hadie ada auranya yang tersendiri. Semoga Hadie teruskan usaha untuk melakukan yang terbaik untuk minggu akan datang dan berjaya sehingga ke final nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok f8buzz, Tiktok Mey Yayan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Baju Merdeka
Glad2Glow 2 In 1

Trending

Copyright © Berita Kopak