Artis / Selebriti
” Habis kening Jedda dan Saif jadi mangsa mak-mak gad0h, haha.. ” – Netizen
Video Syifa Melvin Melukis Kening Anak Adiknya, Syida Melvin Buat Ramai Terhibur. Dah Macam Kening Sifu & Tongga. Sekali Syida Balas Dendam Balik Lukis Kening Dekat Saif Tengah Tidur. Bila Bergaduh, Anak-Anak Jadi Mangsa. Lawak Lah, Haha !!
Siapa yang tidak kenal dengan empat orang adik beradik iaitu Pengasas Kekasih yang terdiri daripada Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin (Kak Long ), Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin dan Siti Nur Syida Amirol Melvin.
Keempat-empat ini kerap membuat siaran langsung di TikTok untuk menjual produk keluaran mereka sambil bergelak tawa dan gurau senda bersama pengguna media sosial. Telatah adik-beradik ini sering kali membuat ramai tak kering gusi ketawa.
Meninjau di akaun TikTok telah dikongsikan video yang memaparkan Syifa sedang melukis kening anak adiknya, Syida iaitu Jedda. Kedengaran Syida bertanya kepada Syifa kenapa sering melukis kening anaknya. Setelah melihat hasil lukisan kening yang dibuat Syifa, Syida seolah tidak puas hati lalu terus mengambil pensel lukis kening dan pergi ke bilik anak Syifa, Saif yang sedang tidur.

Syifa telah membuka skrin CCTV pada telefonnya dan kelihatan Syida sedang ketawa dan mahu melukis kening Saif untuk membalas dend4m apa yang dibuat oleh Syifa kepada Jedda. Perkongsian video ini menarik perhatian warganet dan hingga kini ditonton lebih 153 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@syahiraberahim bila mak2 balas balik dkt anak masing2 🤣 #themelvins #syatillamelvin #fyp #fypシ #adikberadikthemelvin #fypシ゚viral #kekasihskin #sarasajedda
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telatah Syifa dan Syida dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen warganet adalah :
” Habis kening Jedda dan Saif jadi mangsa mak-mak gad0h, haha.. Berdekah aku tengok live sampai habis semalam, haha lawak betul.. “
” Ya Allah dorang ni memang kelakar lah.. Muka Syida main peranan sungguh noh, kami yang tengok pun tak larat nak gelak, haha.. “
” Hadoii lah mak-mak menakan pun kelaku sungguh, habis anak-anak jadi mangsa, hahaha.. Berair mata gelak hahaha Syida macam kak tomyam, haha.. “
” Auto seghupa kaklong da muka Syida dalam video cam tu ek, hahahaa.. Sumpah kelakar keras perut gelak tengok perangai depa ni.. “
” Memanf tachod wehhhh tengok muka Syida tu weh.. Kalau aku tengok live mau tak tidur selagai tak dak teman weh, hahaa.. “
” Adoiii buat hal lah Syida, Saif tak bersalah, hahaha.. Saif punya kening dah macam Degawan dah, hahahahahahaha.. Lawak weh.. “
” Tingtong betul lah semua adik beradik ni, hahaha.. Nasib lah makngah Syatilla tak dak, lagi riuh rendah lah dibuatnya, haha.. “
Perangai adik- beradik ini memang tak pernah tak kelakar masa buat live. Ada sahaja perkara yang dibuat oleh mereka mencuit hati ramai. Habis kening Saif kena lukis, Jedda pun pasrah je muka bila Syifa lukis kening dia. Mak-mak punya kerja, anak-anak jadi mangsa, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok syahiraberahim, syida.melvin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen



