Artis / Selebriti
” Gorgeous mini Linda Jasmine. Happy birthday Ratu.. ” – Netizen
Titip Ucapan Sempena Ulangtahun Kelahiran Anaknya, Tengku Ratu Haidar Yang Ke 14 Tahun, Perkongsian Linda Jasmine Raih Perhatian Netizen. Makin Cantik Lah Ratu, C0py Paste Linda Sangat !!
Menerusi perkongsian sebelum ini, ramai yang terpegun melihat kecantikan anak gadis pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar. Selain dikurniakan wajah cantik, puteri kesayangan Que dan Linda ini juga sebenarnya berbakat dalam bidang peragaan dan seni.
Memiliki pakej lengkap bergelar model taraf antarabangsa, Tengku Ratu atau mesra disapa sebagai Ratu sering menghiasi kempen jenama fesyen. Kalau dilihat wajah Ratu, mungkin ramai yang menyangka si cantik ini berasal dari luar negara.
Terbaru meninjau di akaun Instagram, Jasmine memuatnaik gambar Ratu dan menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Ratu yang menyambut usianya ke 14 tahun. Perkongsian oleh Jasmine ini telah menarik perhatian netizen.

Ada yang mengatakan yang wajah Ratu saling tidak tumpah seperti wajah ibunya, Linda Jasmine. Rasa sekejap sahaja masa berlalu, sudah menjadi anak dara Ratu sekarang. Semakin cantik dan manis, wajahnya persis ibunya ketika muda.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ada peminat turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Ratu. Antara komen menarik daripada netizen adalah :
” Gorgeous mini Linda Jasmine.. Happy birthday Ratu.. “
Untuk rekod, hasil perkongsian hidup bersama, Linda dan Que juga mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Cleopatra Haidar (adik Ratu ). Wajah Tengku Cleopatra nampak begitu seiras dengan wajah Que. Kedua-dua anak perempuan pasangan ini secara tak langsung mewarisi bakat ibu mereka.

Untuk sekadar info, Linda juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Qalif Khan. Kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Ratu. Semoga Ratu terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG official_lindajasmine
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen



