Connect with us

Artis / Selebriti

” Gift gift tu menakutkan. Semua sebelah Nabil, uih seram betul.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Nabil Ahmad dalam misi Paranormal bersama Cik Lan buat ramai terhibur. Adui penakut betul Nabil, sampai replika Kaabah pun dibawa teman. Part Nabil nampak kelibat putih tu seram betul.. 

Team 3 Pagi Era terdiri daripada Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin Era menyahut cabaran Cik Lan untuk menyertai misi paranormal itu. Pelbagai peristiwa melucukan terjadi sepanjang paranormal berlangsung dan ianya disiarkan secara live semalam.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Nabil bersama Cik Lan. Nabil sememangnya kelakar dan umum mengetahui Nabil penakut orangnya. Malah sebelum Nabil ke site paranormal juga, isterinya Zira ada berkongsikan video perangai Nabil yang penakut itu.

Menerusi video ini, dapat dilihat Nabil memeluk erat replika Kaabah. Nabil terjerit-jerit ketakutan dan ianya menggeletek hati warganet. Cik Lan juga menjadi mangsa kerana setiap kali terkejut Nabil akan memeluk Cik Lan sebagai pelindung dirinya.

Dari awal sehingga ke akhir, gelagat Nabil sangat mencuit hati. Namun ada sesuatu yang mengundang kemusykilan di hati warganet ketika melihat kedudukan beberapa gift yang diberikan oleh viewers tidak berada di atas kepala Nabil atau pun Cik Lan. Seolah-olahnya ada ‘seseorang’ di sebelah Nabil karana gift topi itu biasa akan detect bahagian kepala.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Nabil yang ko bantai bawak kaabah tu dah kenapa bil.. ko ingat hidupmu dilindungi kaabah klu jumpa antoo haha.. “

” Haha sori tergelak la Bil.. Aku sorang jer ke nampak macam diaorang ni tgh ada di medan perang.. Awal2 tu cik lan baca niat puasa fuhh keras perut aku ngokk la cik lan.. “

” Tetiba kluar doa sum mum bukh mum plk dah..cik lan ni lawak tau. Aku tgk dr seram jd kelakor.. tapi kan Gift gift tu menakutkan.. Semua sebelah nabil. memang betul betul ada hantu lah.. uih seram betul.. “

” Bil.. hantu jenis ape yg takut dgn kaabah bil haha.. Adoi Nabil lagi penakut rupanya haha.. ke kiri ke kanan terkejut dia.. yang ni tak jadi takut, aku tergelak kuat.. “

” Aku rasa hantu pun berdekah tgk dua org nie. Nak takot kan pun fikir dua tiga kali.. nabil bawak replika kaabah tu paling kelakar.. baik pegang al quran terus jiii, lawak laaa haji nii.. “

” Paranormal yang tak normal haha.. Terhibur saya hilang stress ketawa sampai sakit perut.. Aku x bole la tgk paranormal tapi mengekek sampai ke sudah.. “

” Haha adeh sakit perut lah.. bawak kaabah siap hj nabil.. aduh tak tahu lah bil nak kesian ke nak ketawa haha.. seram ada terhibur pun ada.. gift topi tu betul-betul ada benda dekat situ.. “

Nabil memang lawak, betul-betul penakut dan di luar kawalan. Cuak muka Nabil apabila melihat ada kelibat putih melintas di belakangnya. Mungkin betul-betul ada sesuatu di tepi dan belakang Nabil kalau tidak mana mungkin gift topi koboi yang diberi oleh viewers boleh kelihatan di situ. Misteri betul, seram tetapi kelakar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Baju Merdeka
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak