Artis / Selebriti
” Geramnya tengok Wara, sampai muncung-muncung mulut tu dia nyanyi, haha.. ” – Komen Netizen
Video Anak MUA BellazΒ Nur Aisywara Nealofa Menyanyi Lagu ‘ Buai Laju-Laju’ Buat Ramai Terhibur. Amboi Wara, Bukan Main Semangat Lagi Wara Menyanyi. Part Buat Mulut Muncung Tu Comel Sangat !!
Si comel Nur Aisywara Nealofa merupakan anak keempat pempengaruh dan makeup artist terkenal iaitu MUA Bellaz sentiasa mendapat perhatian ramai. Meskipun baru sahaja berusia 1 tahun lebih, Wara sudah mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya.
Selain itu, Wara bukan sahaja memiliki wajah yang comel, malah Wara juga sudah petah bercakap. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Bellaz, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Wara sedang menyanyi sebuah lagu.
Menerusi video tersebut, kedengaran Wara menyanyi lagu kanak-kanak bertajuk ‘Buai laju-laju’ versi loghat utara. Wara kelihatan begitu semangat menyanyi lagu tersebut meskipun ibunya meminta dia untuk menyanyi berkali-kali. Sekali lagi, perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang meluahkan rasa geram melihat gaya Wara menyanyi, lebih-lebih lagi apabila Wara tidak henti-henti membuat mulut muncung. Sehingga kini, video itu telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video nyanyian Wara dan terhibur melihat gelagat comel Wara ketika menyanyi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Geramnya tengok Wara, sampai muncung-muncung mulut tu dia nyanyi, haha.. Pipi tu dah mcm cake terlebih maripan, tinggal bubuh lilin tiup sambil nyanyi lagi epibesday je.. “
” Ya tuhan cerdik nyaa Wara.. Uncle siap kumat kamit mulut tau polow wara nyanyi, haha.. Semua video Wara, uncle suka tengok, comel sungguh.. “
” Aku rasa budak2 zaman sekarang da tak tau lagu ni.. Aku sendiri pun da lama tak dgr mak2 ajar anak nyanyi lagu ni.. Hebat lah Wara boleh menyanyi, hehe.. “
” Aku geram aiihhh skuntum bunga cina niiihhh, hahahaa.. Kalau ada dekat, nak ja cubit mulut muncung dia tu.. Amboiii habis gaya lah mulut tu, hahaha.. “
” Konpiden tu.. Huhuuu Waraaa mempersembahkn.. Muka tu paling tak tahan, kemai lagi rasa hebat lah tu sebab pandai menyanyi, hahahahaa.. Wara2.. “
” Muka berlagak eh lpas nyanyi, hahahaaa.. Nasib dia mahu nyanyi lagi lepas mama minta nyanyi lagi.. Pandai lah Wara, comel pula tu.. MasyaAllah.. “
” Halah halah nape shomel sangat ni. cute je nyanyiΒ ayun ayun laju. Auntie is cannot lah Wara.. Hat secumcum bunga cina tu adohai anak.. Chomel sungguh la.. “
Bagi yang pernah mengikuti Wara, pasti juga mengetahui yang Wara seorang pencinta haiwan. Sebelum ini pernah dikongsikan video Wara bermain dengan ayam, itik dan angsa tanpa rasa takut dan menjadikan mereka seperti sahabatnya. Selain itu, Bellaz juga gemar menggayakan Wara dengan pelbagai fesyen yang comel-comel.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen