Connect with us

Artis / Selebriti

” Geram tengok muka jahat tu ek. Kamal kemain dengan muka muka tu sekali ah.. ” – Komen Netizen

Video sinetron pendek lakonan Kak Lina Pom Pom, Que Haidar dan Kamal Adli buat warganet terhibur. Amboi, menjadi-jadi betul gandingan Kepom dengan Kamal. Muka jahat tu memang tak boleh blah. Berdekah gelak, haha.. 

Tahun ini Jakel menampilkan barisan duta yang gempak dan sporting, antaranya Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom, Kamal Adli, Que Haidar dan ramai lagi. Gandingan ke semua duta Jakel membuatkan video content Jakel kelihatan menarik dan dinanti-nantikan oleh warganet.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Elly Mazlein dan Kamal Adli, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat mereka bersama Que Haidar. Jika sebelum ini, Kamal menjadi batu api ketika Que memujuk Kak Lina yang merajuk, kali ini Kamal meneruskan misi jahatnya itu.

Seakan sinetron negara jiran, aksi Kak Lina meletakkan sesuatu dalam air minuman Que mencuit hati warganet. Mimik muka Kak Lina yang mencuit hati itu sangat kena dengan watak jahat yang cuba dimainkannya itu. Kamal pula menjadi penambah perisa dalam sinetron mereka ini.

Melihat mimik wajah Kamal, membuatkan warganet terhibur. Menjadi sungguh lakonan Kamal dan Kak Lina dan ianya menghiburkan semua yang menonton video ini. Lakonan yang hebat dan ada sahaja idea mereka untuk memeriahkan kempen raya Jakel.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Part hmmmmm tu Kak Linaaaaaaaaa nombor syatu. geram ek muka dia.. Adoiiiii sakit perut kejung tgk iamellymazlein kamaladli terhibur pagi2 ni lps tadarus.. “

” Mu ok tak Kamal kemain dengan muka muka tu sekali ah.. misi eloii berjaya hahahaha. Nak jual baju ke atau rakaman telenovela raya ni. best la duta jakel taun ni, semua kelakar.. “

” Pagi² lagi dah buat aku gelak.. tak bolehh laa dgn dia org nii… Eloi siap ada rakan subahat sekarang.. Misi berjaya dgn penuh lawaknya. engkorang ni kan haha terutama si ketua tu kan kamaladli .. mmg masuk air laa.. “

” Ada plot twist dekat hujung video tu rupanya haha.. ada je konten dia orang ni sakit perut kita gelak pagi2 ni.. Geram tgk muka jahat tu ek. rasa nak sepak je muka KA tu tp fkr puasa je.. “

” Perghhhh seram2 iamellymazlein pagi2 dh sakit perut ketawa Thank you iamellymazlein the_haidars dan Kamal adli menghibur kan kami semua.. “

” Kamaladli tu ke yg supply garam dkt eloi?? weyyy dekah kita tgk.. gerammm betul tgk muka masing2… antagonist tp cuteness overload.. “

” Nekan sangat santetnya ponn Eloii, tak lindung-lindung dah. Main depan jer eh haha.. lawak lah tengok muka Kamal tu.. menjadi jadi eh sinetron Jakel ni.. “

Function‘ aungguh semua duta Jakel musim ini lebih-lebih lagi apabila Kak Lina bergabung bersama Kamal. Ekpresi muka masing-masing memainkan peranan. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak