Artis / Selebriti
” Geram je tengok tau Kepom menjiwai watak betul. Senget-senget eh mulut, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein menemubual kumpulan Elite buat ramai terhibur. Macam-macam hal jadi bila Kak Lina bergabung dengan kumpulan Elite. Part Kak Lina jadi ahli ke 6 kumpulan Elite tu paling kelakar. Buat hal lah Kak Lina ni, haha..
Nama kumpulan Elite bukanlah satu nama yang asing buat kita. Kumpulan Elite merupakan antara kumpulan penyanyi wanita paling popular yang telah ditubuhkan pada tahun 90-an oleh KRU Records dan pernah digelar sebagai ‘ Spice Girls ‘ Malaysia.
Pada bulan hadapan, Elita bakal membuat konsert istimewa buat para peminat mereka. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan kumpulan Elite telah menjadi tetamu jemputan di segmen Carta Era 40 bersama penyampai radio, Elly Mazlein.
Menerusi video itu, pelbagai topik telah diborak oleh mereka dan antaranya mengenai persediaan kumpulan Elite untuk konsert nanti. Bukan itu sahaja, telatah Azza dan Watie ketika temubual juga mengundang tawa warganet.
Video terakhir memaparkan Elly turut serta menyertai kumpulan Elite dan membuat gimik menyanyikan lagu popular mereka yang bertajuk Trauma. Sehingga kini, perkongsian vide0-video itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video tersebut dan terhibur menontonnya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Geram je tau tengok Kepom menjiwai watak betul. Tak buat lawak memang bukan Kepom lah kan, haha.. Over betul Kepom, haha.. “
” Kak Lina pom pom dah boleh join group Elite confirm meletop lah nanti .. Senget2 ehh mulut Kak Lina.. Geramm ekk, hehe.. “
” Hahahahq… Memang… Nmpak sngat terpaling trauma kak kepomm oii.. Overla ahli tambahan tu mana syatu suara dia.. “
” Sembah ratu je mampu cmni..Seronok pulak haihh nyembang nyambil mekap2.. Terhibur kita tengok temubual kali ni, hehe.. “
” Azza dengan watie terlalu selesa duduk kat sofa itu pasal lah boleh touch up bagai. Diorang kena dipindahkan duduk kerusi belakang sorang kiri & sorang kanan. Supaya tak berborak. Sekian.. “
” Buat hal btl lah kak Azza dgn kak watie punca ek.. Kak lina cepat pick up. Die taw Kak azza dan Kak watie sambil² je tu dan memang punca pun.. “
” Ni la ble perempuan2 bergabung.. Lagi2 mmg nature multitasking..bila membawang tu boleh menyambil-nyambil.. Gerakan mulut seiring gerak tgn.. “
Ada sahaja idea Kak Lina membuatkan ramai terhibur dengan gelagat-gelagatnya yang mencuit hati. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan konsert kumpulan Elite nanti. Semoga segala urusan mereka untuk konsert tersebut berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Macam dengar SS yang nyanyi, arghh dah aku menangis. Suara Sallman tu sebijik SS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yang cakap suara saya tak sedap, saya tak patut pun ada dekat TTMM, saya yang patut terkeluar.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lemak weyy suara anak bujang seorang ni. Tone macam Indonesian, gila sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bila tengok video ni, jatuhnya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah, mengalir jugak air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mesti dia ingat peminat yang jerit-jerit nama dia, tu yang dan-dan buat macho tu.. ” – Datin Alyah