Artis / Selebriti
” Gelak gelak eh, kitorang semua mata dah bengkak ni siapa nak tanggung, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi pelakon dan kru ketika menonton ending drama Andai Tiada Dia buat ramai terhibur. Masing-masing pun suprise dengan ending drama ni. Amboi Fatah dan Suri tu ketawa sakan yer. Sampai hati mainkan hati penonton, haha..
Sempena episod akhir Andai Tiada Dia, semua kru penggambaran, pengarah dan pelakon-pelakon drama ini berkumpul untuk menontonnya bersama-sama semalam. Antara yang hadir semalam Ummi Nazeera, Zahiril Adzim, Alicia Amin, Bob dan ramai lagi. Hisyam tidak dapat ikut serta kerana berada di Korea.
Meninjau entry di akaun Instagram Bambam Studios, telah dikongsikan reaksi pelakon dan kru ketika menonton babak akhir drama tersebut. Babak di tepi pantai yang mana Suri terserempak dengan seorang lelaki yang seiras wajah Falah membuatkan suasana di situ menjadi riuh.
Saat wajah Fatah dipaparkan, excited dan ketawa semua sambil menyebut nama Fatah. Zahiril dan Ummi juga ketawa besar menonton babak ini. Manakan tidak, Fatah versi dengan rambut kusut masai dan seluar besarnya itu sangat berbeza jauh dengan karakter Falah.

Meriah dengan sorakan semua seperti menonton perlawanan bola sepak pula gayanya. Warganet baru menyedari patut lah dalam posting Zahiril ada menulis nama Fatah. Disangkakan tersilap taip tetapi rupa-rupanya itu adalah jawapan untuk babak akhir ini. Ketua memang mainkan perasaan semua.
Jom tonton video di bawah :
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@shrnzsy maka tamat lah #AndaiTiadaDia bersama Fatah eh🤣🥲 antara kata2 akhir drpd Falah a.k.a Fatah dan Suri🥰 (sumpah masih takpuas hati dgn ending malam ni😂) mungkin ada ATD raya 2025?🤔 #tiktok #andaitiadadia #megadrama #falah #suri #umminazeera #zahiriladzim #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dari start episode akhir ni, sampai nak hujung aku menangis macam aku yang kematian laki. Laki aku kat sebelah dah macam Fatah, x nampak dah aku.. “
” Fatah la pulak.. ATD 2 ke tu.. nk tanya Fatah tu dr korea ke rambut mcm tak siap je tu haha.. Betul tekaan kali ni.. akan ada laki lain yg akan serupa muka Falah tak sangka betul.. “
” Macam tu je dorang ni game kita eh haha.. Saya yg tgok d rumah pun 1 family riuhhh bila last skali si fatah pulak.. bukan falah tpi fatah haahaha.. “
” Nampaknya kita kene Fatah Fatahkan Tuan Pengarah ni. Semalam kasi nangis ngongoi2, malam ni dia kasi gelak macam barai hahahahaha. Kalau x, confirm murung sampai weekend.. “
” Fataahhhh haha.. penat nangis2 sudahnye gelak hahaha best ending xsia2 36epsd. Klu pi blk dkt Haikal mau baling remote dkt tv.. syabasss bettey.. “
” Falah sendiri nak tergelak masa dia cakap FATAH tu haha.. patut lh td zahiriladzim last skali kt ig ckp fatah , igt kan dia typo td.. “
” Fine. Betul lar tu, Falah dah macam menang bola. Mcm tgk bola ye. 2-1 fatah menang.. gelak gelak eh, kitorang semua mata dah bengkak ni sape nak tanggung haha.. “
” Pengarah kejam eh, dengan si falah pun sakan gelak. Suri pun sama menggula-gulakan kami semua. ahhh menyampah lah korang ni, haha.. “
Seronok dan bersorak semua menonton ending, menjerit-jerit sambil memanggil nama Fatah. Pengarah berjaya mempermainkan perasaan penonton kali ini. Apa-apa pun, drama ini akan sentiasa diingati penonton dan nama Falah akan sentiasa mekar di hati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bambam Studios, Tiktok shrnzsy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti4 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

