Artis / Selebriti
” Gelak besar Makder, kalau ada cucu mau tergolek-golek cucu tengok atok, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Raissuddin Hamzah membuat trend Tiktok bersama Makder buat ramai terhibur. Wah romantik juga Raissuddin ni. Tergelak besar Makder sebab di luar jangkaan sangat. Kelakar betul, haha..
Raissuddin Hamzah nama yang cukup dikenali oleh wargamaya. Ayah kepada arwah Siti Sarah dan suami kepada Makder ini seorang yang tegas. Raut wajahnya kelihatan garang dan serius. Namun di sebaliknya, ada sisi lain Raissuddin yang romantis dan penyayang.
Meninjau entry di akaun Instagram Suciuwais, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Raissuddin membuat salah satu trend Tiktok. Raissuddin mengambil sehelai tudung dan meminta Makder untuk memegang hujung tudung tersebut.
Setelah itu, Raissuddin menarik tudung itu sehingga terbuka dan berpusing agar tudung itu melilit tubuhnya. Makder pada awalnya tidak dapat menjangka apa yang suaminya itu mahu lakukan. Ketika tudung yang Raissuddin pegang sudah membalut seluruh badan, Raissuddin senyum memandang Makder.

Ketika itu baru lah Makder memahami Raissuddin rupanya membuat trend Tiktok. Tergelak besar Makder melihat ekpresi wajah Raissuddin. Jarang-jarang Raissuddin sweet seperti ini. Sekali keluar dia punya sweet, Makder pun boleh kalah. Selalunya Makder yang mengenakan Raissuddin tetapi kali ini, Makder pula yang terkena.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masya Allah sweetnya, aku ikut gelak dengar makder gelak.. Atok pun dah pandai ikut trend ni.. “
” Gelak besar makder, kalau ada cucu mau tergolek-golek cucu haha.. selalu orang perempuan yg buat ,ni abah yg buat terbaiklah.. “
” Amboi abah pun nak lilit tudung juga hehe.. pandai ikut trend dah sekarang.. Alamak bersemut lah screen saya lah atok ni.. Adoiii.. “
” Aduhhh teehibur.. Muka garang misai penting.. Tiba2 masuk angin nak romantic mmg masyukkkk.. Suami yg kelakar juga salah satu pilihan wanita.. “
” Alaaaa mencik laaa.. nk dok mana lg niii makder dh amek bumi Halahhh atok punnn geram betol tauu..mesti cucu smue p skola kan.. kalau x confirm xsempat balut uwais dh dok tgh2.. “
” Wah sweetnya atok dan makde ni.. aku nk pindah planet lain.. lagi power dari BASS ni. Semoga berbahagia sampai syurga makde.. “
” Kemain eh atok, jarang tau nak tengok Raisuddin masuk air dan sweet macam ni.. makde pun terkejut haha.. “
” Wah tiber sweet, muka ganas haha.. Atok kenapa random sangat ni.. kali ni makder eh yang kena.. senyum senyum sorang kita dibuatnya.. “
Kali ini Raissuddin membuat aksi sweet yang di luar jangkaan Makder. Gelak besar Makder dibuatnya, bahagianya seorang isteri apabila suami membuat perangai romantis seperti ini. Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik Raissuddin dan Makder sampai hujung nyawa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu

