Connect with us

Artis / Selebriti

” Gelak besar bila Erra kata mak dia pun berlakon konon-konon tak kenal Mr E, haha.. ” – Komen Netizen

Video Erra Fazira dedahkan konspirasi antara suaminya, Ezwan Zain dan ibunya yang hanya diketahui selepas akad nikah buat ramai terhibur. Wah pandai Mr E tackle hati mak Erra. Mak pun pandai berlakon masa bawa jumpa Mr E. Lawak lah, hehe..

Ikatan perkahwinan telah pun termeterai antara Erra Fazira dan Ezwan Zain. Hanya dengan sekali lafaz, Erra menjadi milik Ezwan. Impian Ezwan untuk memperisterikan Erra dimakbulkan oleh Allah dan ianya mendapat restu sepenuhnya daripada ibu Erra, Azizah.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Baseemaelhaura, telah dikongsikan antara video menarik ketika Erra dan Ezwan tampil ke konti Sinar FM sebagai tetamu jemputan. Banyak cerita yang dikorek oleh Sharifah Shahira dan Falyq sepanjang temubual mereka bersama Erra dan Ezwan.

Antara yang didedahkan menerusi temubual ini adalah mengenai konspirasi Ezwan dan mak Erra. Rupanya dalam diam Ezwan berjumpa mak Erra dan pertemuan itu berjaya memikat hati mak Erra. Walaupun Ezwan alah dengan kucing, namun demi Erra rela Ezwan bermanja dengan kucing milik mak Erra ketika kunjungannya itu.

Erra juga berkongsi cerita reaksi maknya ketika kali pertama Erra membawa Ezwan untuk bertemu mata bersama mak. Reaksi mak Erra mengundang ketawa warganet. Dalam diam, mak Erra berpakat bersama Ezwan dan lakonan mak Erra ketika itu memang terbaik.

Jom tonton video di bawah :

@baseemaelhaura

celoteh Erra dan Mr E di sinar tadi..bab tackle mak pakai kucing😂sweet betul la diorang ni kredit live:sinar #erra #errafazira #MrE #fypp #fyp

♬ bunyi asal – Baseema – Baseema

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Gelak besar bila Erra kata mak dia pun berlakon konon-konon tak kenal mr e. padahal dah jumpa bakal menantu, haha.. “

” Suka tgok pasangn ni.. btul2 real sweet… kisah mereka moga bhgia slamanya.. orang tua bercinta memang comel.. matang dan lebih sweet.. “

” The real gentleman, nampak dia sayang erra sungguh sungguh. Sweet nya bawa makanan utk mak Erra. Mak pun pandai berlakon sporting btul mak Erra ni.. “

” Terbaik Mr E nmpk sgt keikhlasan disitu… Bertuah Erra.. funny dorang berdua ni. sehati sejiwa.. mmng bagus laaa M.E moga bahagia sampai ke Jannah n sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.. “

” Kelakar betul, dia ngendeng ngendeng dengan kucing tu. mana nk cari lelaki msak utk Mak mertua. Untunglah Erra betul² effort Mr.E untuk dapatkan dia.. “

” Effort mr e tu yang mahal. tuan allergic kucing pun demi ambik hati bakal mak mertua rela. sanggup layan kucing mak erra.. kelakar time bersin tu haha.. “

” Ciri-ciri menantu yang baik, dan juga suami yg baik ,tahniah untuk kak erra fazira kita semua.. semoga berbahagia hingga akhir hayat.. “

Kelakar mendengar kisah Erra dan Ezwan ini, namun itu bukti kesungguhan Ezwan untuk mendapatkan Erra sebagai isteri yang sah. Yang pasti mak Erra begitu sayang dengan Ezwan kerana sikapnya yang pandai mengambil hati itu. Pandai Ezwan ambil hati mak mertua yer, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Baseema , IG inaijari 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak