Artis / Selebriti
” Gara-gara Falah, tak pasal Datin pulak kena ugut dengan Dato’ Fizz, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Fizz Fairuz ‘merajuk’ dengan Datin Almy gara-gara Drama Andai Tiada Dia buat ramai terhibur. Kata Dato’ Fizz, sikit-sikit Falah, Falah, Falah. Sampai nak lari rumah katanya. Part Dato’ Fizz ugut Datin Almy tu memang kelakar, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik onlyfhtq2pk, telah dikongsikan dua video yang memaparkan Datin Almy Nadia sedang merakam video suaminya, Dato’ Fizz Fairuz. Menerusi video pertama, Datin Almy bertanya kepada Dato’ Fizz kenapa Dato’ Fizz mahu lari dari rumah.
Seloroh Dato’ Fizz, dia mahu lari dari rumah gara-gara Datin Almy asyik menyebut nama Falah, watak dalam drama Andai Tiada Dia. Manakala video kedua pula memaparkan Dato’ Fizz berkata kepada Datin Almy, disebabkan Datin Almy asyik menyebut Falah, dia mahu membuat Datin Almy mengandung lagi tahun hadapan.
Perkongsian kedua video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat telatah Dato’ Fizz merajuk dengan Datin Almy. Antara komen warganet, Dato’ Fizz perlu faham kerana masa sekarang isteri-isteri akan menyebut mengenai Falah gara-gara drama Andai Tiada Dia masih lagi hangat diperkatakan di media sosial.

Sehingga kini, video perbualan Dato’ Fizz dan Datin Almy ini telah ditonton lebih 700 ribu tontonan dan menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis. Tak pernah tak kelakar pasangan suami isteri ini, riuh rendah jadinya gara-gara drama Andai Tiada Dia.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@onlyfhtq2pk nampak sangat tak tengok drama ya 🤣 #almynadia #fizzfairuz #fyp #artismalaysia #foryoupage #viralvideo
@onlyfhtq2pk #almynadia #fizzfairuz #fyp #artismalaysia #foryoupage #viralvideo
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton video Datin Almy dan Dato’ Fizz ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Gara-gara Falah, tak pasal Datin pulak kena ugut dengan Dato’ Fiz, haha.. Tak kan lah Dato tak layan drama Andai Tiada Dia ni, satu Malaysia riuh lah Dato, huhu.. “
” Ahhh sudahhh.. Semua suami cemburukan Falah.. Hahahha macam husband saya.. Dia cakap asyik kau puji Falah baik je, habis suami kau ni tak baik ke.. “
” Hahahahhaah psal Falah punya pasal.. Datin kena masuk labour room lagi tahun depan.. Hahhaha kuat cemburu rupanya Dato’ Fizz ni.. “
” Jaga Datinnnnnn.. Habis lah bila Dato’ cakap macam tu.. Hahahahhaha.. Kuat menyaka betul Dato’ Fizz dengan isteri dia, hahaha.. “
“Aku menangis teruk weh masa falah nges, sampai sumbat hidung. laki aku ckp, awk ni gila ke, drama je kot.. Hahahaha siot lah laki aku.. “
” Tak pyh peliklah Fizz, sekrng ni kalau bini2 asyik sebut Falah aje… Sbb ni musim Falah tau.. Hahahaha nanti habis musim Falah tu, diam lah bini2.. “
” Semua berjangkit dengan Falah.. Hahhahaa cute pula tahu Dato’ nak lari rumah.. Merajuk lah ni yer sebab Datin asyik sebut Falah2.. “
Paling kelakar bila Dato’ Fizz sempat lagi menyakat Datin Almy. Mesti cuak Datin Almy dengar ‘ ugutan’ daripada Dato’ Fizz. Apa-apa pun, ianya hanyalah sekadar hiburan suami isteri sahaja, semoga rumah tangga Datin Almy dan Dato’ Fizz akan terus bahagia dan kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok onlyfhtq2pk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah

