Artis / Selebriti
” Gandingan mantap, ni baru lagu pertandingan. Macam tengok AJL, power Sheila Abdul.. ” – Komen Netizen
Video persembahan memukau Sheila Abdull dan Jaclyn Victor di Gegar Vaganza 11 mendendangkan lagu Ku Bersuara raih pujian ramai. Fuh baru menyerlah kekuatan sebenar vokal Sheila. Dapat standing ovation daripada Hetty Koes Endang. Power betul masa Sheila tarik suara..
Gegar Vaganza 11 minggu ke 5 dengan tema Duet Paling Menyengat menampilkan banyak persembahan hebat daripada peserta yang bertanding. Minggu ini banyak kejutan dan antara yang paling menyerlah adalah persembahan Sheila Abdull dan Jaclyn Victor.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Majalah Remaja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sheila berpadu suara bersama Jac menerusi lagu dendangan asal Ernie Zakri berjudul Ku Bersuara. Lagu ini menguji kemampuan vokal sebenar Sheila.
Pada minggu ini Sheila begitu all out dan menghiburkan semua penonton dengan nyanyiannya itu. Suara Sheila sangat sedap sehinggakan bonda Hetty Koes Endang juga bangun dan memberikan tepukan untuk Sheila. Pemilihan Jac sebagai rakan duet juga banyak membantu dalam persembahan ini.

Bukan mudah untuk membawakan lagu Ernie kerana nada lagu ini agak tinggi, namun Sheila berjaya membuktikan dirinya juga seorang penyanyi yang hebat. Persembahan yang sangat memukau, gandingan yang mantap antara Jac dan Shila. Ramai yang memuji persembahan Sheila untuk minggu ke 5 ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ku Bersuara…Sheila abdull memang best sangat bila duet dengan Jac. Tahniah clone Ernie Zakri sheilaabdull juara mingguan GV.. “
” Alhamdulillah thniah kak sheilaabdull what a great performance , dpt sngat vibe dia tu.. dah keluar taring sebenar.. “
” Best best… lepas ni jangan senyap semula, keluar lagu baru… bakat besar rugi kalau sia siakan.. bakal juara ni.. “
” Sedap giler kot dua dua. Gandingan mantap.. ni baru lagu pertandingan.. macam tengok AJL, power Sheila Abdull.. “
” Macam final dah padu teruk.. Tahniah proud of you Sheila Abdull Jaclyn Victor.. nmpak nye jac dah turun ilmu mic jauh dri bibir.. pegi nye padu woi.. “
” Congratulations Shiela Abdull. im you’re new fans.. Suara meletop.. Keep it up sisterrr.. betul betul menyala macam ni la kita mahu, all out.. “
” Sedap sungguh Sheila bawa lagu Ernie.. Sheila ni dia sorok taring dia.. meledak lah Sheila.. letopan betul dengan Jac.. “
” Barulah dapat sheila abdul menyayi dalam pelbagai genre.. zaman lagu “Mungkinkah” tengah Hit ,tup tup beliau menghilang.. “
Semua terpukau dengan kehebatan vokal yang ditunjukkan oleh Sheila. Taring sebenar Sheila sudah keluar dan bakal memberikan saingan kepada peserta-peserta lain untuk minggu-minggu akan datang. Tahniah Sheila kerana berjaya menggondol gelaran juara mingguan pada minggu ini. Semoga terus menyerlah dan berjaya ke peringkat akhir.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja, IG Astro Gempak, IG Gegarvaganza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen

