Artis / Selebriti
” Gandingan adik beradik yang super duper hebat. Terkedu Tok Ram, Bonda Hetty dan Tok Naz.. ” – Komen Netizen

Video persembahan hebat Liza Aziz dan Azlina Aziz di Konsert Minggu ke 5 Gegar Vaganza 11 raih pujian ramai. Fuh bila adik beradik ini berpadu suara, memang gempak sangat. Meremang dengar suara Liza dan Azlina..
Liza Aziz antara peserta yang dinanti-nantikan oleh semua penonton setia Gegar Vaganza 11. Aura yang dimiliki oleh penyanyi senior ini membuatkan penonton teruja untuk mendengar nyanyiannya. Sebagaimana yang diumumkan pada minggu lalu, Liza akan berduet bersama kakaknya, Azlina Aziz untuk minggu ini yang bertemakan Duet Paling Menyengat.
Meninjau entry di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan sedutan video persembahan Liza dan Azlina semalam. Vokal Liza mahu pun Azlina tidak dapat dipertikaikan lagi dan mereka memberikan persembahan yang terbaik. Liza dan Azlina mendendangkan lagu yang bertajuk Lady Marmalade.
Kelunakan suara dua beradik ini menghiburkan semua penonton yang hadir dan juga di rumah. Setiap minggu Liza pasti akan mempersembahkan nyanyian yang hebat semampu yang boleh. Bonda Hetty Koes Endang juga memberikan standing ovation untuk Liza dan Azlina.
Pada usia yang sudahpun mencecah 60an, bukan mudah untuk Liza dan Azlina membawakan lagu ini. Salah satu persembahan Liza yang mengagumkan semua. Sememangnya Liza tidak pernah menghampakan semua dengan persembahannya terutama sekali peminat-peminatnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 600 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dah usia 60an masih boleh nyanyi sehebat ini. Memang dua2 talented. Jika ditakdirkn Liza jd juara gegar pun sgt selayaknya. Teruskn semangat dan keunggulanmu.. “
” Bila dua Biduanita bergabung… Meletop Mantul Mantap… duo super power.. xtau mana satu suara liza n azlina sb suara lbh kurang sama.. “
” Power gila acik2 ni. Steady je fly2 suaranya. Respect dua2. superb .. international. diction level.. singing perfect.. “
” Kak liza Tina Turner Malaysia.. sedap gila.. love sgt sgt the Aziz sisters.. mantap lah dorang ni.. kalah yang muda muda vokal dorang ni.. “
” Adik dah power tambah kakaknya bertambah power. amazing powerhouse voice.. truely lagend. Dapat tengok ala² konsert dari artis exclusive bukan senang. next week Jauh di sudut hatiku, lari dari tema R&B. pheww. tak sabar.. “
” Terkedu Tok Ram, Bonda Hetty dan Tok Naz.. gandingan adik beradik yang super duper hebat.. vokal mantap.. persembahan macam konsert, vokal so effortless, original dan very consistent.. “
” Meremang woo. tak de media sosial sekali dia keluar bersosial ternganga gen XYZ terlupa kpop kejap hehe.. “
Dua perkataan sahaja yang boleh diberikan untuk vokal Liza dan Azlina, sangat hebat. Persembahan yang konsisten pada setiap minggu dan tidak mustahil Liza bakal menyandang gelaran juara Gegar Vaganza pada musim ini. Apa-apa pun, tahniah Liza dan Azlina untuk persembahan ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Maknya tadi dah panas ayah, Tiara pulak tambah ‘lauk’. Makin panas ayah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Asyik tersasul je Fattah ni. Adik-adik yang baik tak pandai nak menipu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejarah serbuk arang gigi Dherbs berulang kembali. Random lah Ammar, mengekek gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” I watched the years pass from a far, never near enough to whisper.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Best suara Nabila cover lagu ni. Masuk betul, suka-suka. Padu lah Nabila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kak Long spill the tea, Aca pulak menyambung. Last last Aca yang kena dengan Fattah. Kantoi semua dah, haha.. ” – Komen Netizen