Connect with us

Artis / Selebriti

” Gabungan yang mantap, tak expect langsung.. ” – Komen Netizen

Video wajah pasangan duo Naqiu didedahkan ketika konsert Famili Duo minggu pertama. Awal-awal menyanyi tak nampak muka. Nak dekat akhir tu baru buka, terkejut semua orang . Laa tak sangka dia ni rupanya. Suara memang power, gandingan mantap..

Program realiti TV bertemakan kekeluargaan, Famili Duo kembali bersiaran di kaca TV dan untuk musim ini seramai 6 selebriti mengambil bahagian iaitu Tomok, Naqiu, Ayie, Shiha, Zahid dan Didi Astillah. Sidang media memperkenalkan peserta Famili Duo telah pun diadakan minggu lalu di The Grey Box, GMBB, Bukit Bintang,

Pada hari tu, Naqiu tidak membawa pasangannya dan ianya menjadi tanda tanya siapakah gerangannya yang bakal bergandingan bersama Naqiu. Menerusi akaun Instagram TV3 Malaysia, video ketika Naqiu mempersembahan nyanyiannya telah pun dimuatnaik.

Memakai pakaian yang sama, wajah pasangan Naqiu ditutup dengan kain. Hanya pada akhir persembahan mereka baru lah wajahnya didedahkan. Pasangan ini membuat persembahan yang hebat dan kedua-duanya memiliki suara yang merdu dan bertenaga nyanyiannya.

Ketika kain di wajah pasangan Naqiu ini dibuka, semua menjerit dan memberikan sorakan. Bukan calang-calang orang juga pilihan Naqiu ini yang mana merupakan dua pupu kepada Naqiu. Boleh menyanyi, boleh berlakon malah boleh juga melawak. Pasangan ini meraih tempat kedua untuk konsert minggu ini dengan catatan markah 59.0.

Jom tonton video di bawah :

Persembahan ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tak expect langsung pun tu Joey, btw diorang ada hubungan family ke.. Joey penyanyi legend tuu… ngamlah dgn naqiu, dua2 pun kelakar orgnya.. “

” Akhirnya.. joey join prtndingan nyanyi… lama dh nk dgr dia nyanyi betul-betul sebab suara dia memang best.. ini joey wawamsam lah korang, dia memang power suara.. “

” Best ni. Kalau Joey. Gandingan mantap.. ingat yg tutup muka joey tu yg kertas jampi xnk bg hantu lompat2 tu. Duk trbayang yg tu haha.. “

” Mereka ada dua pupu.. Abg joey_daud minggu depan keluarkan taring abang tunjukkan kat juri kat netizen yang abang memang penyanyi hebat…. Tunjukkan vokal abg yang sebenar… sebab bbnu tak tahu abg sebenarnya penyanyi yang hebat.. “

” Gabungan yang tidak di jangka dan menjadi gabungan Duo yang Mantap dan terbaik untuk thisisnaqiu dan joey_daud.. “

” Tahniah minggu ni dpt no 2 dgn markah 59.0 , minggu depan tapau lebih lagi tau, caiyok2 , u can do it.. “

” Joey antara penyanyi dalam Exists, okaylah itu, boleh jadi pencabar yang lain. pada yg tak tau.. joey bekas anak didik dato m.nasir.. All the best semua.. “

Pilihan yang tepat dan pastinya gandingan Naqiu dan Joey boleh mencipta banyak kelainan serta memberi saingan hebat untuk semua peserta lain. Semoga Naqiu dan Joey terus success untuk minggu-minggu akan datang dan mendapat kejayaan dalam Famili Duo musim ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG TV3 Malaysia, IG Naqiu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT