Artis / Selebriti
” Fuhh power lah Alisa kawal, ikan besar pula tu dia dapat.. ” – Komen Netizen
Video Anak Hairul Azreen, Alisa Aisyah Sedang Memancing Raih Pujian Ramai. Wow Power Lah Alisa Memancing. Besar Betul Ikan Yang Alisa Dapat Tu !!
Pasti ramai yang mengenali pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Kedua-dua anak pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar, 8 tahun dan Alisa Aisyah, 5 tahun juga sering menjadi perhatian ramai. Video gelagat mereka ada dikongsikan di akaun Instagram.
Terbaru, satu perkongsian video di akaun Instagram Hairul memaparkan anak perempuanyan, Alisa sedang melakukan aktiviti memancing. Tulis Hairul, ini adalah kali pertama Alisa memancing dan Hairul mengucapkan terima kasih kepada Achey Bocey kerana sudi membawa mereka ke tempat memancing tersebut.
Bukan itu sahaja, Achey juga turut mengajar Alisa cara mengawal joran ketika ikan terkena pada joran yang dipegang oleh Alisa. Menerusi posting lain pula, Hairul mengatakan Alisa dan abangnya, Yusuf telah berjaya memancing sebanyak 36 ekor ikan.

Gelagat Alisa yang begitu teruja dan pandai mengawal joran turut meraih perhatian warganet. Ramai yang mengatakan kagum dengan Alisa. Walaupun tinggal di kota yang besar, tetapi Alisa tetap ingin explore sesuatu yang baru dan tidak biasa dilakukan olehnya.
Tonton video di bawah ini :
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Hairul ini telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Fuhh power lah Alisa kawal, ikan besar pula tu.. Hebat anak perempuan Hairul ni, serba serbi dia boleh.. Terbaik lah Alisa.. “
” Bagus nya dia.. Mcm2 perkara dia explore, bijak. Kalau makcik mahu tak larat lah nak tangkap ikan besar tu.. “
” Besar juga ikan tu, kuat betul lah Alisa.. Hehehe.. Sempoii je tengok gaya Alisa memancing.. Achey dah boleh buka kelas ajar budak memancing ni.. “
” Yang rasa teringin nk berbisan dengan Puan Hanis dan Encik Hairul, pastikan anak2 multitasking jugak ye. Heheehehe.. “
” Powerr arr.. Ada gaya da nie.. Kalau bergabung dengan Tiara lagi api ni, hehee.. Untung lah daddy, anak dapat ikan besar.. “
” Mak oiii tererrr anak.. Wahh Alisa dah dapat lesen boleh memancing, cute betul.. Jarang2 nak tengok bdk perempuan suka ikt daddy pergi memancing.. “
” Habis lah lepas ni Alisa mesti ajak dady pergi mancing tiap2 minggu.. Penangan dia dah berjaya dapat ikan besar.. “
Walaupun baru pertama kali memancing, Alisa sudah berjaya menangkap ikan dengan pantas. Untuk kanak-kanak seperti Alisa ini, pujian harus diberikan atas usahanya itu. Mesti Alisa berasa seronok dengan aktiviti memancing seperti ini. Boleh lah Alisa mengikut Daddy lagi selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hairulazreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

