Connect with us

Artis / Selebriti

” Fuhh 1 minit je dia ambil masa boleh buat konsert dia sendiri, haha.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein menghiburkan penonton ketika iklan di Konsert Kilauan Emas. Sempat lagi Kak Lina buat konsert sementara tunggu iklan habis. Part yang tinggal masa seminit tu lawak, bukan main laju Kak Lina menyanyi, haha..

Jika Elly Mazlein atau mesra dengan panggilan Kak Lina menjadi pengacara untuk sesebuah rancangan, pastinya akan menggamat suasananya. Begitu lah yang terjadi sekarang apabila Kak Lina ditugaskan sebagai pengacara untuk Konsert Kilauan Emas 2024.

Meninjau di akaun Instagram milik Kak Lina, perkongsian video yang memaparkan telatah Kak Lina sedang menyanyi telah dimuatnaik. Difahamkan video tersebut diambil ketika televisyen sedang iklan dan Kak Lina membuat ‘konsert’nya sendiri di atas pentas dengan menyanyikan lagu bertajuk Yang Penting Happy nyanyian asal Jamal Mirdad.

Menerusi perkongsian video lain pula memaparkan Kak Lina, Joey Daud dan Dato’ Hattan menyanyikan lagu Mahligai Syahdu nyanyian asal Dato’ Hattan sebelum bermulanya Konsert Kilauan Emas serta video itu juga tidak disiarkan di kaca televisyen.

Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet dan para peminat Kak Lina. Ramai yang kagum melihat kesungguhan Kak Lina dalam melakukan pekerjaan dan menyifatkan Kak Lina adalah seorang pengacara yang serba boleh. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Kak Lina menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton perkongsian video-video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian vide0-video ini dan memberikan pelbagai kata pujian kepada Elly. Antara komen-komen menarik daripada warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Fuhh 1 minit je dia ambil masa boleh buat konsert dia sendiri, haha.. Kak Lina memang tak pernah mengecewakan.. Meletop habis lah.. “

” Bukan ke bila iklan patotnya amek napas rest kejap before to cont. tp kak lina lain.. The one and only.. Tak tahu penat betul lah.. “

” Pantang pegang mic yer.. Hahaha.. Sempat lagi dia buat konsert.. Padu habis lah Kepom kita.. Memang nombor syatuuuuu betul.. “

” Lina pom pom dia pandai handle Audience bkn semua pengacara ada instinct segera prompt… Ada dia menyakiti pengacara yg lain… Cara masing masing kan.. “

” Kepom ni kalau dia buat kerja bersungguh-sungguh. Semua program yg dia host pasti meletopppp sungguh luar biasa. Aku love kepom.. “

” Mengelitat btl Soraya ni aq plk yg penat nengoknye tp lurve sgt, tp kkdg rindu plk ngan c elly mazlien yg lemah lmbut gemalai tu.. “

” Kalau macam ni, memang layak dapat bayaran tinggi menggunung. Jenis yang tak penat layan orang lain dan layan perangai diri sendiri. Terus semangat Kak Lina.. “

Tak kering gusi kalau melihat telatah Kak Lina sepanjang mengacara Konsert Kilauan Emas pada setiap minggu. Ada sahaja perkara yang dilakukannya membuat ramai yang terhibur. Apa-apa pun, pastinya ramai yang tak sabar untuk menonton konsert Kilauan Emas pada minggu seterusnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT