Artis / Selebriti
” Fuh tak sangka kahwin dengan budak pandai macam ni dia punya level tu.. ” – Nad Zainal
Perkongsian Nad Zainal Cara Ungku Ismail Membantu Yem Belajar Buat Warganet Kagum. Fuh Bukan Level Biasa-Biasa Ni. Abah Siap Buat Coding Dan Apps Lagi Untuk Yem. Guru Besar Betul-Betul Naik Syeikh Ni. Ayat Abah Untuk Yem Tu Seram Betul !!
Pada perkongsian terdahulu, Nad Zainal ada berkongsikan video yang mempamerkan gelagat suaminya, Ungku Ismail mengajar anak lelaki mereka, Yem. Seorang abah yang tegas dan sangat prihatin dengan pelajaran anak-anak, warganet memuji sikap bertanggungjawab Ungku itu.
Meninjau entry terbaru Nad di akaun Instagramnya, satu lagi video terbaru Ungku dan Yem telah pun dimuatnaik. Tulis Nad di kapsyennya, kali ini guru besar sudah naik syeikh. Bukan level biasa-biasa cara Ungku untuk membantu Yem belajar, Nad pun kagum dengan kebolehan Ungku.
Jika orang lain biasanya memberikan anak buku latih tubi, tetapi Ungku membuat applikasi belajar untuk Yem. Ungku memang ada background pendidikan yang hebat, maka tidak hairan lah boleh sebegini hebat. Ungku sangat bijak dalam coding dan terhasillah aplikasi untuk memudahkan Yem belajar.

Seronok warganet melihat usaha Ungku itu. Yem pun happy dapat belajar dengan cara begini. Aplikasi yang berwarna-warni lebih effective dan menarik minat anak-anak untuk belajar. Walaupun Yem gembira, hati tetap cuak apabila soalan yang abah siapkan tidak dapat diselesaikan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Nad ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wow bestnya abah pandai. Yem kalau tak tahu meh uncle hantar v1rus hehe. Untunglah Yem macam ni kita pun nak belajar please.. ”
” Kadang2 terlupa Ungku Ismail ni grad oversea .. heheh.. pernah tengok rancangan apa dah tajuk ada tunjuk pasal Ungku Ismail punya education background.. bukan biashe2.. hihi.. kagumm.. ”
” Nad, saya nak apps ni. Bagus untuk anak2 dari main game.. baguslah ungku ni, pandai coding-coding computer. untung yem ada guru besar macam ni.. ”
” Ada jual x apps tu Cikgu Farah.. Harap GB luluskan usul sy ni ye dlm mesyuarat PIBG kali ni ye.. Ni kalau cikgu ni, dh jadi guru cemerlang dah ni, terbaiklah Ungku ni.. ”
” Dia dulu wat kos engineer klu x silap. Mmg belajar coding juga kan. Tahniah cgu besor.. Menyumbang kepada penambahbaikkan kualiti sumber manusia masa hadapan.. ”
” Canggih… Zaman I, ‘coding’ my mom hanya rotan sebatang… ahaks.. ada jual cikgu macam ni kat shopee tak.. Xyah susah cari cikgu tuisyen.. Jimat kos.. ”
” Payah tau para ayah2 nak ambik port mcmni.. selalu mak2 je sibuk cari liveworksheet la, print sana sini sebab nak bg latihan kat anak2.. salute lah ungku.. ”
” Wahh hebat abah nya buat homework menarik.. Yemmmm, u can do thisss. If u can overcome this, u can overcome so many thingsss in life. Tibahhh. auntie pun takut haha.. ”
Ada abah merangkap ‘guru besar’ macam ni, tentu Yem boleh score A dalam banyak subjek. Usaha Ungku untuk membantu dalam pembelajaran Yem memang wajar dipuji. Kita yang tengok seronok tetapi Yem sudah berpeluh sebab tidak dapat selesaikan homework daripada abah, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nad Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Lina salah makan ubat gegat ke tadi ni. Risau tercabut kepala tu kang Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen

