Artis / Selebriti
” Fuh nama baby, memang unik betul.. ” – Netizen
Mona Allen Kongsi Berita Gembira Selamat Melahirkan Cahayamata Sulungnya. Nama Anaknya Raih Perhatian Peminat. Wah Lama Betul Pekin Ibrahim Simpan Nama Ni, Ekslusif Sangat Nama Baby. Comel Pulak Tu !!
Tanggal 31 Ogos tahkala semua orang sibuk dengan sambutan kemerdekaan, pelakon Mona Allen melalui detik melahirkan cahayamata sulungnya ditemani suaminya, Pekin Ibrahim. Bayi merdeka selamat dilahirkan pada hari yang cukup istimewa ini.
Meninjau akaun Instagram Mona Allen, telah dikongsikan satu video yang memaparkan keadaan ketika Mona sedang bertar0ng untuk melahirkan anaknya dan selepas selamat melahirkan. Rezeki Mona dapat bersalin secara normal dan kelihatan Pekin setia menemani di sisi Mona.
Memilih Andorra Women & Children Hospital sebagai hospital bersalin, Dr Kam selaku doktor pakar di situ membantu Mona untuk proses bersalinnya ini. Tulis Mona di ruangan kapsyennya, ucapan terima kasih untuk Dr Kam dan semua team atas khidmat terbaik mereka.

Sesungguhnya ia anugerah terindah, dan saat bayi sudah berada dalam pangkuan hanya si ibu yang dapat merasai perasaan tersebut. Mona turut mengakh1ri video ini dengan memaklumkan nama bayi lelakinya ini sebagai Petra Pekin bin Mohd Iznan.
Jom baca perkongsian di bawah :







Pekin juga turut berkongsikan gambar terkininya bersama bayi lelakinya ini di Instagram miliknya. Pekin Junior yang terlihat wajah penuhnya dari pandangan sisi. Alhamdulillah, rasminya sudah bergelar ayah.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Mona dan Pekin ini telahpun mendapat ucapan tahniah daripada peminat. Antara komen-komen peminat :
” A merdeka baby, congrats Mona Allen dan Pekin. So happy for you both. Baby so cute, petra Pekin nice name.. “
” Tahniah Mona Allen sayang, tak sabar nak jumpa baby comel tu. Jaga diri dan baby Pekin junior tau.. “
” Akh1rnya muncul lah dialah PEKIN sebenar… yang Iznan tu bukan yg sebenarnya… alhamdulillah… semoga terus bahagia , dan ke alam keibubapaan.. “
” Alhamdulillah sebak tgk mse kt labour room tu menahan sak1t utk melahirkan. tahniah dgn kahadiran baby boy yg comel semoge mnjadi ank soleh kebanggaan ibu ayah dan selamat brpant4ng.. “
” Tahniah kak mona n abg pekin.. Dh jdi ayah n ibu… Semoga ibu dan ank sehat walafiat…. Comel sangat-sangat.. “
” Specialnya lahir tarikh merdeka, satu lagi baby merdeka. Tahniah Mona Allen dan Pekin. Fuh nama baby, memang unik betul. Lama Pekin simpan nama ni ye hehe.. Pekin sebenar.. “
” Comelnya baby., sejuk mata tengok mona. Alhamdulillah selamat kedua-duanya. tahniah atas kelahiran Petra Pekin dan selamat berpantang Mona.. “
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Mona sepanjang proses bersalin. Kurniaan yang bermakna Petra Pekin semoga menambahkan lagi kebahagiaan Mona dan Pekin. Tahniah dan selamat berpant4ng Mona.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mona Allen, IG Pekin Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

