Artis / Selebriti
” Fuh ditahan-tahan akhirnya jatuh jugak air mata ni. Sedih tengok anak-anak kakak tu.. ” – Netizen

Video Team Era Bertemu Pemanggil Bernama Sarah Untuk Beri Sumbangan Baju Raya Buat Ramai Tersentuh. Sayu Tengok Anak-Anak Peluk Ayah Mereka. Terpaksa Duduk Berjauhan Demi Sesuap Nasi. Sebak Tengok Muka Gembira Anak-Anak Dapat Baju Raya !!
Sebelum ini, seorang pemanggil bernama Sarah ada menghubungi Radio Era dan berkongsi dugaan yang dihadapinya pada bulan Ramadhan tahun ini. Sebagaimana yang Nabil, Pak Azad dan Radin janjikan, mereka bertemu mata hari ini untuk menyerahkan sumbangan baju raya.
Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan video ketika Sarah sekeluarga dibawa ke Jakel. Apa yang menyentuh hati, suami Sarah sendiri terkejut kerana dapat surprise kehadiran Sarah dan anak-anak ke ibu kota.

Klik gambar untuk info..
Untuk makluman, Sarah dan anak-anak menetap di Bahau Negeri Sembilan, manakala suaminya bekerja di Kuala Lumpur. Mereka berpisah kerana mencari rezeki untuk anak-anak. Sedih melihat anak-anak Sarah memeluk ayah mereka. Sudah rezeki Sarah sekeluarga, Jakel sudi memberikan sumbangan baju raya dan juga wang tunai sebanyak RM5000 untuk mereka sekeluarga.
Gembira dan riang anak-anak Sarah apabila melihat baju raya mereka depan mata. Tahun ini dapatlah mereka merasai nikmat beraya, ada baju raya baru. Warganet juga memuji kesungguhan team Era untuk membantu keluarga Sarah ini. Korang memang awesome lah, beri kegembiraan dan berkongsi rezeki.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ada part 3 x.. nak tengok mereka shopping raya,terharu tgk,rezeki mereka sekeluarga.. aamiin.. ”
” Era ni yg akk tak pnh ada kuih ry ke tu.. yg panggilan haritu sgt sedih. Fuuuhhhhhh ditahan-tahan akhirnya jatuh jugak airmata ni.. ”
” Keluar air mata ayahnya, ini orang cakap rezeki anak. Aduh saya pulak menangis, susah dorang hanya dorang yang tahu dan rasa.. ”
” Ni yg akk xpnh ade kuih raya tu kan. Banjir kete aku dgr radio ms era bckp ngn dia aritu. Terima kasih org baik nabilzira era.je.. ”
” Alhamdulilah syukur lpas ni akk dh merasa ada kuih raya.. Era cuma perantaraan.. Rezeki memang hak keluarga tu, Alhamdulillah.. ”
” Meleleh air mata aku tengok dorang ni. sedih tgk anak2 kakak tu betapa gembiranya dpt baju raya.. yang pernah rasa susah je tahu rasa tu macam mana.. ”
” Kenapa aku yang mengalir air mata ni. Part last… akak tu ckp kat anaknyer” ada kuih raya”.. Allahu.. huhuhu merambu air mata aku.. ”
Team Era adalah perantaraan dan segalanya adalah rezeki daripada Allah untuk Sarah sekeluarga. Kegembiraan mereka dapat merasa ada baju raya, ada kuih raya tahun ini. Semoga semua yang membantu keluarga ini dimurahkan rezeki selalu dan dikurniakan pahala berlipat kali ganda.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen