Artis / Selebriti
” Fuh Bella, dah macam duduk farmasi. Punya lah banyak stok skincare.. ” – Komen Netizen
Video Rosix Omar menerjah rumah Noor Nabila curi perhatian warganet. Fuh biar betul Nabila, satu bilik khas untuk simpan skincare je. Dalam bilik air pun stok barang skincare punya lah banyak. Ini bilik ke farmasi, hehe..
Umum mengetahui keakraban persahabatan antara Rosix Omar dan Noornabila. Mereka sudah berkawan sejak dari dahulu lagi dan sering membuat vlog bersama. Rosix juga sering menjadi pemegang rahsia terbesar Nabila dan cukup memahami sahabat baiknya ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok Rosix Omar, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Rosix bersama 2 orang wanita iaitu Han dan Ju ke rumah Nabila. Nabila seperti biasa menyantuni sesiapa sahaja yang datang ke rumahnya sebagai tetamu.
Menerusi video ini, mereka bertiga menerjah sebuah bilik di mana Nabila menyimpan semua stok produk skincare miliknya. Melihat kepada rak simpanan Nabila, ianya sudah kelihatan seperti farmasi. Serba lengkap dan pelbagai jenama skincare dapat dilihat di situ.

Banyak betul stok Nabila dan skincare yang ada juga bukan biasa-biasa harganya. Menerjah ke ruangan bilik air pula, masih ada lagi skincare yang tersimpan di ruangan bawah sinki. Stok ubat gigi dan sabun mandi juga seperti berada di Watsons bak kata warganet.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! #rosixomar
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! #rosixomar
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! #rosixomar
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! #rosixomar
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! #rosixomar
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! #rosixomar
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! #rosixomar
Perkongsian ini mendapat ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bersihnya bilik air, lepak dalam bilik air je guyss.. cuba buat Bella house tour.. mesti woww wowww kan.. “
” Klau buka mini market pun lepas gak ni haha.. Bella sediakan payung sebelum hujan.. risau diumum pkp pkpd pkpp.. “
” Kedai runcit ke tu haha.. ini bukan sediakn payung sblm hujan..ni sediakan khemah sebelum hujan.. “
” Nak kawan sorang mcm bella boleh.. dia buat macam stok makanan ye kawan-kawan haha. Unlimited sungguh Bella ni.. “
” Please la rosix n bella buat live giveaway please kasian kami netizen terliur tgk barang2 bella x pakai tu hahahaha.. “
” Dah macam Watsons dah, punya lah banyak stok skincare Bella ni.. Kemurungan I tgk banyak macam ni. MasyaAllah bak meh sikit.. “
” Berderet perfume, skincare. Patut la Bella cantik, skincare satu almari weh.. nak jadi kawan Bella jugak la.. “
” Wahhh, cantik bini rosix. laaa, dh nikah rupanya. ingat bujang lg. bhahaha, cantik bini nya, lemah lembut pulak tu cakap dgn suami.. “
” Lawa uii bini Rosix, natural beauty.. adui Bella, dah macam duduk farmasi.. Ingat org dtg farmasi td. bila tgk betul2 oohh tmpt simpan skin care bella.. “
Entah berapa lah keseluruhan harga barangan skincare yang dimiliki oleh Nabila ini. Impian semua wanita hendak memiliki produk-produk mahal itu. Untung lah Rosix kerana mendapat hadiah daripada Nabila. Agaknya skincare Neelofa banyak macam ini juga tak, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rosix Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

