Artis / Selebriti
” First time aku tengok KA gelak pecah perut macam ni. Lawak sungguh.. ” – Komen Netizen

Sedutan video live Khairul Aming bersama Azfar Heri buat warganet terhibur. Dari part cerita mula berkenalan sampai berbalas pantun, tak henti Aming dan Azfar gelak. Sisi lain Ami yang masuk air, kelakar sangat KA ni..
Sebagaimana yang semua sedia maklum, pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming masih lagi berada di hospital kerana mengalami jangkitan kuman setelah kembali dari misi bantuan banjir yang dijalankan minggu lalu. Sekali pun berada di hospital, Aming masih tetap bersiaran di live Tiktok.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fans KhairulAming, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Aming sedang live bersama sahabat baiknya, Azfar Heri. Pastinya ramai yang mengenali Azfar, seorang yang happy go lucky dan perangai gila-gila.
Menerusi video ini, Aming menjawab persoalan viewers yang bertanyakan macam mana Aming boleh kenal dengan Azfar Heri. Dipendekkan cerita, semuanya bermula ketika lockdown beberapa tahun yang lalu dan Azfar adalah orang pertama yang Aming berkawan pada ketika itu.
Sepanjang live ini berlangsung, viewers boleh melihat sisi lain Aming yang mudah terhibur. ‘Masuk air’ dan ‘sekepala’ rupa-rupanya Aming dan Azfar ni. Part mereka berpantun dan berulang kali menyebut nama Pin Yang paling menggeletek hati warganet. Terhibur semuanya dengan telatah 2 sahabat yang kelakar ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@khairulamingfans_ Replying to @❀ℓιℓу❀ Power ye @azfarheri berpantun 😭😂 Spontan2 pun mantap betollll 🥹 @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming #khairulamingcore #azfarheri
@khairulamingfans_ 🗣️: “Macam mana boleh kenal dengan Azfar Heri?” @Khairulaming @azfarheri #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming #khairulamingcore #azfarheri
@khairulamingfans_ Ya Allah pecah perut live tadi 😭😭😭 @Khairulaming @azfarheri #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming #khairulamingcore #azfarheri
Perkongsian ini telah pun meraih berpuluh ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak pernah aku tengok this side of KA weh….. pandai gelak juga rupanya, selalu serius je haha.. abis kuar semua aib2 lepas sakit haha.. “
” Haa kan slalu tgok dia senyum je.. kali ni all out kena pula dgn member masuk air.. lawak lah KA dengan Azfar ni.. aku pun gelak tak ingat dunia tengok live dorang ni.. “
” Now we know knp KA suka kwn dgn azfar, mudah terhibur haha. kesian org dlm pantang nie ha. Lambat sembuh luka czer nie kang klo asyik menggabak ketawa je.. “
” Side KA yang jarang kita tengok HAHA.. terima kasih azfar dan kawan-kawan yang menghibur.. “
” Pantun 2 kerat penuh dengan nama pin yang… tersedak member tu haha.. sejak KA masuk wad nihh kemain masuk air gini dpt pulak kwn yg sama kepala… ok done gelak nak terkucil pulak asik gelak je.. “
” Patutlah KA kata jgn judge Azfar dr luaran dia, rupanya dia je boleh buat KA gelak pecah perut mcm ni .. First time aku tgok sebab Tak pernah tengok KA ketawa macam ni.. “
” Mcm air dengan minyak tak sebati tapi boleh bersama.. Dua2 ni orang baik, sorang cuba untuk membimbing & sorang lagi terima dengan terbuka , tak rasa kecil hati atau nak sentap. Allah sebaik baik perancang.. “
Tidak kering gusi warganet yang menonton video KA dan Azfar bercerita dan berbalas pantun itu. Allah menemukan mereka untuk bersahabat walaupun kata Aming, mereka bagai langit dengan bumi, tetapi mereka saling menyokong antara satu sama lain. Untung Aming ada kawan seperti Azfar dan Azhar juga beruntung ada sahabat yang baik seperti Aming. Terus bersahabat sampai bila-bila okey.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fans Khairul Aming
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen