Connect with us

Artis / Selebriti

” Finally dapat dengar perbualan Que dengan Mama Faz. Dah ada tanda-tanda lulus, haishh.. ” – Komen Netizen

Pembantu Fazura, Enny kongsi video perbualan suara Que Haidar dengan Mama Fazura ketika keluar ke Bazaar Ramadhan baru-baru ini buat ramai teruja. Wah Mama dah bagi greenlight ke tu. Senyum lebar Faz, hehe.. 

Video Fazura membeli juadah berbuka bersama Que Haidar dan para pembantunya viral beberapa hari yang lalu. Ramai yang berkunjung ke bazar Ramadhan Kampung Baru tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan merakamkan gelagat pasangan ini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Enny_wan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan rakaman daripada salah seorang pembantu Fazura, Enny sepanjang mereka semua ke bazar tersebut. Kapsyen Enny juga mencuri perhatian warganet.

Kata Enny, bazar Ramadhan itu adalah langkah pertama yang Que aturkan untuk perhubungannya bersama Fazura. Enny turut menyentuh mengenai jambangan bunga pink yang Que berikan kepada Fazura. Apabila orang terdekat Fazura yang berkata-kata, semakin teruja warganet membacanya.

Dapat dilihat juga menerusi video ini, perbualan suara antara Que dan mama Fazura. Warganet memuji adab dan budi bahasa Que yang sopan dan penuh teratur ketika berbual bersama mama Fazura. Ayat mama Fazura pun seakan-akan merestui Que berkawan dengan Fazura.

Jom tonton video di bawah :

@enny_wan

Gi pasar Ramadan langkah pertama, Tepung pelita di genggam bersama, Bunga diberi bukan perhiasan semata Tapi tanda hati yang lama terjaga.🫰🏽🌹 Haishhhh@Que Haidar @Nur Fazura @FazbulousWarriorsOfficial

♬ original sound – enny_wan – enny_wan

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Suka dengar Faz panggil abang. ni baru betul abang, sweet sangat sangat.. kali ni punya abang, kuat auranya.. kalau dh ckp dgn mak ni. mksudnya. . haish hehe.. “

” Sweet betul laki bini ni, eh eh.. kita pun tumpang happy.. cara Mama Faz cakap macam kak Faz la.. sounds polite and firm. calon menantu mama ni.. doa ramai ramai guys.. “

” Ok finally dah dapat dengar perbualan Que dengan Mama fazz.. puas hati.. que ni tinggi budi pekerti, tahu cara bercakap dengan orang tua.. suka dengar.. “

” Mama fazura suara sebji sama macam kak faz.. cara cakap pun same yer.. fuh kapsyen buat kami fanz ni berpeluh baca. orang terdekat yang up caption camtu lak. so bukan marketing ni, memang betul betul.. “

” Mama pelawa abg jamil makan sama-sama lah…. Dah ada tanda2 LULUS…. Haaiishhhhh.. kita lak yang excited.. nk tengok fazque bahagia dan happy je.. “

” Part last tu Tengku dah bgi thumbs up.. Kak faz tak berhenti senyum. Semoga kebahagian milik kak faz buat selamanya bersama abang que kita.. “

” Haishhh..sweet btl couple ni.. Bakal mak mertua dah jemput makan2 bersama tu syukur alhamdulillah one step ahead.. excitednya nk tggu ni.. “

Tumpang seronok warganet mendengar perbualan antara Que dan mama Fazura itu. Ramai yang teruja apabila mama Fazura menjemput Que untuk makan bersama-sama. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk Que dan Fazura. Kalau ada jodoh, apa salahnya kan, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Enny_wan   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak