Artis / Selebriti
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman menyanyi lagu Fattah Amin, Wanita Terakhir di konti Suria Malaysia raih pujian ramai. Alahai gemersik sungguh suara Kak Long. Malu-malu pula Kak Long menyanyi lagu Abang Long eh. Ajak Shiro pula kuat menyakat Amira, sampai merah muka Amira kena usik, hehe..
Nama Amira Othman kini sering menjadi perbualan warganet dan ramai yang berkenan sekiranya Amira dan rakan sekerjanya, Fattah Amin berjodohan. Dek kerana mereka selalu menjalin kerjasama untuk banyak produk, semakin hangat nama pasangan ini disebut-sebut oleh semua.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Suria Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira hadir ke konti Suria FM dalam rangka untuk mempromosikan lagu barunya. Amira ditemubual oleh penyampai Suria FM, Ajak Shiro, Dato’ Fizz Fairuz dan Soraya.
Banyak soalan cepu emas yang ditanyakan kepada Amira dan kebanyakannya dikaitkan dengan Fattah. Tersipu-sipu juga Amira hendak menjawab semua soalan Ajak. Amira juga memenuhi permintaan mereka untuk menyanyikan lagu popular Fattah berjudul Wanita Terakhir.
Sebelum ini Amira pernah menyanyikan lagu ini ketika live menjual produk Pak Mat Western bersama Fattah tetapi cuma sedikit sahaja. Kali ini, nyanyian Amira secara penuh dan suaranya itu membuai rasa pendengar. Ajak pula tidak berhenti mengusik Amira, nasib baik Amira masih boleh menyanyi dengan baik.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@suriamalaysia Amira tujukan untuk siapa lagu tu 👀 #suriamalaysia #morningmorningsuria #segalanyahiburan
Antara video lain yang menarik :
@im_yourgirl06 Macam ada je semua ciri ciri tu kat Abg Long 😜😌 #amiraothman #fattahamin #wanitaterakhir #fattmira #famiracle #amiracleforfattah #foryoupage #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #mendonia #jakel #fyp #doayangbaikbaik
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Menyala kak Long kita.. cover full la kak ya.. best sangat suara tu.. adoiii cair macam mentega dah ni.. “
” Feeling betul kak long nyanyi lagu abg long.. kaklong kena tukar lelaki terakhir.. steady lah kak long.. “
” Wahh menyala lah kak long.. sedapnyaaa kak long nyanyi , pepagi pun cantik. Amira Othman nanti buat full cover please diiringi petikan gitar dr irfan.. “
” Lagu ni memang sesuai sangat untuk Amira Othman.. nasib ade dlm tiktok td terpaksa off sound kalau x kena lepukk dgn bos sbb tgk tiktok time kerja.. “
” Tgh keje tpi tetap nak Komen… merdu.. ok tu je.. Bile dkt dgn telinga, rase melting.. Ade pulak sound effect kt belakang takley blaaa.. “
” Sdpnye suara dia.. aku ulang ulang dan aku senyum sorang2 hmmm hahahha.. Ya Allah jodohkanlah mereka berdua ni.. “
” Fattahamin tengok sini…. amiraothmanofficial dah nyanyi lagu Wanita Terakhir… yg kat PMW hari tu sikit je dia nyanyi.. “
Merdu dan gemersik sungguh suara Amira ini, tidak jemu warganet mendengarnya. Tentu Fattah pun tersenyum mendengar Amira menyanyikan lagunya ini. Apa-apa pun, semoga Amira success selalu dalam karier dan dipertemukan dengan jodoh yang terbaik.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Suria Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen