Artis / Selebriti
” Feel betul suara Thalita menyanyi lagu Menjaga Jodoh Orang Lain ni.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menyanyikan lagu Ara Johari berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain begitu menyentuh hati. Meremang dengar suara Thalita menyanyi lagu ni, menusuk ke hati..
Meninjau ke satu akaun Instagram Berita Kopak, sebuah video yang memaparkan Thalita berduet bersama bapanya, Shuib Sepahtu menyanyikan lagu berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain yang diulangsiar dari akaun Tiktok cikdiamond123 telah dikongsikan. Lagu tersebut telah dipopularkan oleh penyanyi Ara Johari.
Selalunya kita didengarkan dengan Thalita menyanyikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin. Kali ini Thalita menunjukkan bakat yang dirinya juga boleh menyanyikan lagu penyanyi lain juga. Sangat merdu suara Thalita menyanyikan lagu ini.
Lagu ini sebenarnya agak sukar untuk dinyanyikan kerana ada bahagian lagu yang memerlukan nada suara yang tinggi. Ternyata Thalita boleh menyampaikan lagu ini dengan baik menerusi gayanya yang tersendiri. Cukup rasa suara Thalita menyanyikan lagu ini, penuh dengan penghayatan.

Perkongsian video ini telah menerima beberapa tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Thalita menyanyikan lagu ini ketika membuat sesi live di Tiktok. Sememangnya setiap kali membuat live Thalita akan menyanyi untuk menghiburkan pengikutnya dan dalam masa yang sama berlatih untuk menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
Bakat nyanyian Thalita mula menjadi perhatian pihak media apabila banyak video Thalita sedang menyanyi dikongsikan di media sosial. Sejak itu Thalita mula mendapat beberapa jemputan nyanyian dan ia sememangnya merupakan impian Thalita untuk menjadi penyanyi.

Bakat Thalita ini diwarisi menerusi arwah ibunya yang sememangnya mempunyai suara yang cukup merdu. Apabila mendengar suara Thalita, ramai yang dapat mengubati rindu akan suara arwah ibunya kerana suara mereka sangat mirip. Semoga Thalita terus berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

