Artis / Selebriti
” Fattah macam tengah buat sportcheck kat hp Mira. Bell siap pasang telinga, lucu Bell. Haha.. ” – Komen Netizen
Perkongsian video moment-moment oleh Rissa Skin yang tidak kelihatan dalam live Fattah Amin, Amira Othman dan Bell Ngasri buat warganet teruja. Wah sweet sangat Fattah dan Amira. Sampai Bell pun jadi mata-mata netizen, haha..
Sesi live Fattah Amin, Amira Othman dan Bell Ngasri untuk Rissa Skin baru-baru ini mendapat tontonan yang tinggi daripada warganet. Nama Fattah dan Amira yang hangat diperkatakan kini menjadi bahan usikan oleh Bell. Banyak peristiwa yang terjadi ketika live yang membuatkan warganet teruja melihatnya.
Meninjau entry di akaun Tiktok Rissa Skin HQ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kejadian yang tidak kelihatan dalam live screen antara Fattah dan Amira. Menerusi video perkongsian ini, Fattah kelihatan sedang asyik membaca sesuatu di handphone Amira.
Amira datang menghampiri Fattah dan ada berbisikkan sesuatu kepada Fattah. Bell yang berada di hadapan cuba memasang telinga untuk mendengar apa yang Amira katakan kepada Fattah. Bell memang pandai memainkan peranannya dalam live tersebut.

Riak wajah Bell itu seolah-olah ada sesuatu yang special antara Fattah dan Amira. Cameraman juga sangat pandai zoom ke arah Bell dan tidak menampakkan Amira dan Fattah. Ketawa besar Bell dengan gelagat adik-adiknya itu. Kata pengasas Rissa, banyak lagi video yang dalam simpanannya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rissaskin_hq Sebenarnya byk je benda yg takde dlm screen live! Nak mem belanja lagi? 😍🤫 comment dulu! #rissaskin #rissaskinxfattahamin
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Fattah tu cek fon mira ke ape kemain scroll nye.. nmpk sgt selamba dan selesa mcm dah biasa sangat.. “
” Bell tu pasang telinga nak dengar apa orang belakang cakap. bang bell lucu lah, function betul lahh… best sgt haha.. nak these trio.. “
” Aduiii… tak larat aku dengan bell ni.. Sakit tekak ketawa tau.. abg bell menambahkan ceria dlm live tu.. “
” Mira nih kalau ada event dgn fattah dia jadi mata buat fattah sebab fattah rabun, untung fattah dpt parter kerja mcm mira #AMiracleForFattah.. “
” Fatah macam tengah buat sportcheck kat hp mira, mira siap jeling apa FA tengok.. bell pasang telinga haha, nakal tu.. “
” Ada lagi tak mem.. tengah senyum-senyum sendiri ni.. kelakar lah Bell tu, dengan reaksi mukanya.. mesti Bell dengar apa Kak Long cakap pada Bang Long tu.. “
” Rissa kena lock abang Bell la buat live dengan bamtah.. baru live jadi meriah sebab bell pandai pancing.. Mem jgn simpan2 yg manis2 tu.. Kami kekurangan vitamin nie.. Sila keluar kn je.. “
Wah ada rupanya terselit vitamin Fattmira yang disimpan oleh Rissa. Amboi bukan main lagi Bell punya reaksinya itu. Hanya Fattah dan Amira sahaja ada jawapan apa sebenarnya status hubungan mereka. Andai ada jodoh, ramai yang akan ‘ Aamin’ kan. Bak komen warganet, hashtag baru untuk Amira dan Fattah adalah AmiracleForFattah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rissa Skin HQ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


