Artis / Selebriti
” Family kecilku, setiap anak lain lain personaliti, macam-macam ragam.. ” – Datin Izzati
Video Gelagat Anak-Anak Dato’ Jamal Abdillah Dan Datin Izzati Ketika Video Direkodkan Raih Perhatian Ramai. Alahai Macam-Macam Ragam, Semua Comel-Comel Belaka !!
Meninjau ke akaun Instagram isteri kepada Dato’ Jamal Abdillah iaitu Datin Izzati, perkongsian sebuah video yang memaparkan keempat-empat cahaya mata pasangan ini telah meraih perhatian ramai. Video ini dirakamkan ketika mereka sekeluarga beriadah.
Empat orang cahaya mata pasangan ini bernama Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani dan Rahir Laura Salsabila Yamani. Kesemuanya sangat comel dan berkulit putih belaka. Anak perempuan sangat cantik dan anak lelaki pula handsome.
Menurut Datin Izzati, setiap anak-anaknya mempunyai sikap yang berbeza. Ada yang suka menangis, ada yang suka mengadu, ada yang suka meminta dan ada yang suka berkepit dengannya. Yang mempunyai persamaan ialah kesemuanya tidak tahan merasa sak1t.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Apabila anak-anak masih kecil sememangnya agak penat untuk menguruskan mereka tetapi apabila besar nanti pastinya akan dirindui momen ini.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji kecomelan anak-anak Dato’ Jamal dan Datin Izzati. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Alallalallal comelll nye.. Dah big family..Alhamdulillah.. Zack masih Mommy mommy lagi tak.. Tomey tomeynya depa.. “
” Anak-anak yang COmel comel .. Moga mnjadi anak anak soleh.. solehah.. Aamiin3.. DATIN bnyk-banyak sabar.. d.zetty_.. “
” Masya’Allah super Momi… comeiiii anak2 Dato n Datin .. moga kluarga dato jamal sentiasa di rahmati slalu.. Beautiful family… “
Untuk info, Dato’ Jamal mempunyai dua orang lagi cahaya mata menerusi perkahwinannya yang terdahulu iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani. Kedua-dua mereka ini sudah meningkat remaja dan mewarisi bakat nyanyian daripada bapa mereka.

Perkahwinan bersama Datin Izzati ini merupakan perkahwinan kali keempat buat Dato’ Jamal. Semoga keluarga ini terus bahagia hingga ke syurga dan berkekalan selamanya. Semoga keempat-empat cahaya mata mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. AMin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Zetty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy harap sampai tua nanti anak-anak akan tetap buat macam ni dengan Mummy dan Daddy.. ” – Watie




