Artis / Selebriti
” Falah diam la, ko pun nak siksa Suri ek. Comel je Falah usik maknya, Cikgu Misrah.. ” – Komen Netizen
Video Zahiril Adzim ‘hijacked’ kamera Bambam Studio buat ramai terhibur. Habis Zahiril temubual pelakon-pelakon Andai Tiada Dia. Part mengusik Aznah Hamid yang pegang watak sebagai ibu kepada Falah tu paling win, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Bambam Studio, perkongsian sebuah video yang memaparkan pelakon-pelakon drama Andai Tiada Dia telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan ssendiri oleh Zahiril Adzim untuk mengusik kesemua pelakon drama tersebut. Di ruang kapsyen tertulis ‘Falah dan Haikal hijacked camera Cik Bam’.
Menerusi drama ini, Zahiril memegang watak sebagai Falah yang merupakan anak kepada Cikgu Misrah yang dilakonkan oleh Aznah Hamid. Falah cuba meminta restu untuk berkahwin dengan Suri yang dilakonkan oleh Ummi Nazirah. Orang pertama yang ditanya oleh Falah ialah bekas suami Suri, Haikal yang dilakonkan oleh Hisyam Hamid.
Kemudian Falah bertemu kakak kepada Suri iaitu Erma lakonan Husna Mustaffa. Seterusnya bertemu dengan ibu kepada Suri yang dilakonkan oleh Rosnah Johari dan yang terakhir sekali ialah ibunya iaitu Cikgu Misrah. Respon yang diberikan oleh Cikgu Misrah paling win.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Drama ini ditayangkan di saluran Astro Ria yang mempunyai 36 episod yang mana semalam sudah ditayangkan sehingga ke episod 29.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” X nak Falah dah sbb seksa Suri nnti. Nakkkk Haikal balik la. muka kesian si haikal ni buat ramai nak teamhaikal pulak ke.. “
” Andai tiada dia ni maksudnya Haikal tanya suri ke Andai tiada falah, adakah suri akan ke haikal semula hahhahah aku suka bobo jelah camni.. “
” Tu azizi, Tak kisah la jando pun jando la .. (cikgu misrah).. Tinggi betul Haikal berdiri sebelah falah .. Hahaha lawak lah yasmin ‘ograng.. “
” Ending falah mnggal kot. Penulis skrip kemain nk ubah lagi jln crita. Xnk sma ngn novel.. falah diam la. ko pon nak siksa suri ek. time berjanjeyyy kemahen.. “
” Comel je Falah usik mak Cikgu Misrah. Sy pun perut ada Rama2 bila Falah baik sgt dgn Suri n oghang kpg, sweet sgt .. “
” Ending suri mmg xpilih sesiapa.. dia akn duduk tepi pantai n hanya memberi senyuman kpd falah n haikal. D end .. bye.. “
” Kasihan falah.sayang haikal.tapi dulu masa setia dgn kak suri.sekarang sayang abg falah. Tgk falah dgn mak betul2 dh mcm anak beranak tauu.. lembuttt je maknya falah tu.. “
Drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana para pelakonnya berjaya menjiwai watak mereka dengan sempurna. Adakah drama ini akan tamat seperti yang ditulis dalam novel atau pun berbeza. Sama-sama kita tonton sehingga episod terakhir nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ummi Nazirah, Bambam Studio
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


