Artis / Selebriti
” Fahrin menangis dalam lakonan, saya tak terasa. Tapi kali ni menusuk betul. Berjurai air mata saya.. ” – Komen Netizen

Video Fahrin Ahmad tidak dapat menahan air mata ketika membaca surat daripada isterinya, Elena buat warganet sebak. Masa Fahrin baca mengenai arwah ibunya tu yang paling sedih. 1st time tengok Fahrin menangis macam ni..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Whitv3 Malaysia Official, telah dikongsikan sedutan video untuk program itu semalam. Topik perbincangan pada hari bertajuk ‘ Dipaksa Kuat’. Beberapa orang jemputan hadir ke studio dan salah seorangnya adalah Khai Bahar. WHI dihostkan oleh Fahrin Ahmad dan Fiza Sabjahan.
Menerusi video ini, Fahrin membacakan surat daripada isterinya, Elena. Pada awalnya Fahrin cukup tenang membacakan surat itu, namun Fahrin tidak dapat menahan air matanya apabila isi kandungan surat Elena itu menyebut perihal arwah ibu Fahrin.
Elena mengungkapkan rasa syukurnya kerana dikurniakan seorang suami yang hebat seperti Fahrin. Karakter Fahrin yang suka menceriakan hidup orang lain dipuji oleh Elena. Elena juga mengimbau kembali keadaan Fahrin ketika arwah ibu Fahrin meninggal.
Bergetar suara Fahrin membacakan ayat Elena itu dan ini kali pertama penonton melihat Fahrin menangis seteruk ini. Fahrin tidak mampu membaca surat itu sehingga ke akhir dan mengatakan dia rindukan ibunya. Sebak hati warganet melihat Fahrin, tampak kuat tetapi hatinya cukup rapuh apabila menyentuh mengenai ibunya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@whitv3malaysia_official dipaksa kuat, baru first time min nampak seorang @FAHRIN AHMAD menangis #fyp #whitv3 #sedih #kehilangan
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alfatihah buat arwah mak fahrin ahmad.. sedih ny ya Allah… sy mak mnggl 2 bln bapa sy plak mnggl.. ya Allah… sedih.. “
” Fahrin menangis dlm lakonan saya tk terasa tpi kali ni menusuk betul. Berjurai airmata saya.. Benda paling takut. Kehilangan mak.. “
” Cinta pertama seorang lelaki adalah maknya.. cinta pertama anak perempuan adalah ayahnyaa.. Yg masih ada ibu dan bapa, hargailah mereka sebaiknya. Yg telah pergi, hadiahkan Al-Fatihah buat mereka.. “
” Btul sgt2 khilangan mak pling perit dlm hdup.. td sy tgok whi… sy trut mngis tresak2 bila time fahrin ngis.. sakitkan khilagan org yg kita syg.. al fatihah tuk ibu fahrin.. “
” Tengah goreng ikan smbil tgk whi.. aku mnangis tgk fahrin mnangis.. usah kn fahrin, dgn aku sekali blh mnagis bila bercerita pasal mak.. rindu yg tiada pnghujung.. “
” Saya pun Tonton Whi ms ni , mmg auto menitis Air Mata Jugak , Fiza Yg Tlg Sambung Baca Pun auto Sebak Menitis air mata dia Jugak, Fiza pun mcm dah tak kuat nak sambung baca Sbb Sedih sgt.. “
” Lelaki benar kuat tapi kalau melibatkan syurga dia akn lemah selemahnya tak siapa akan kuat bila kehilangan seorang ibu.. “
Siapa sahaja yang tidak tersentuh melihat Fahrin menangis seperti itu. Rasa rindu pada ibu yang telah pergi jauh, namun terpaksa kuat meneruskan hidup untuk insan tersayang. Semoga arwah ibu Fahrin tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok whitv3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen