Artis / Selebriti
” Eyy comel Ara tu, macam anak patung. Cantiknya semua pink.. ” – Netizen
Bella Astillah Kongsi Video Sebelum Dan Ketika Sambutan Ulangtahun Kelahiran Ara Adreanna Yang Pertama. Wah Simple Tetapi Cantik Dekorasinya. Kek Ara Tu Comel Macam Tuannya !!
Diam tak diam, sudah genap setahun usia cahayamata kedua Bella Astillah dan Aliff Aziz, Ara Adreanna. Kelahiran Ara menambahkan lagi kebahagiaan Bella dan Aliff serta anak sulung mereka, Ayden Adrean.
Beberapa minggu yang lalu, Bella ada berkongsikan video sambutan ulangtahun Ayden yang ke 4 tahun. Hanya berbeza kurang 2 minggu dengan adiknya Ara, kini sambutan hari lahir Ara pula dimuatnaik untuk tontonan peminat.
Meninjau akaun Instagram Bella, video persediaan sebelum majlis dan ketika majlis berlangsung dipaparkan. Sesuai dengan bayi perempuan, tema yang dipilih kali ini berasaskan warna merah jambu. Dekorasi dan makanan juga banyak yang menggunakan warna yang sama.

Bella dan Ara memakai baju yang sama coraknya berwarna pink, manakala Aliff dan Ayden pula mengenakan baju tshirt berwarna merah. Ringkas sahaja majlisnya namun tetap meriah kerana tahun ini mereka lengkap bersama sebagai sebuah keluarga.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Bella ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen mereka yang dapat dikongsikan :
” Happy birthday Ara si comel. Cantiknya semua pink. Semoga Ara menjadi anak yang baik pekerti, berjaya di dunia dan Akhir4t.. “
” Eyy comel dan cantik dia tu. Ara tu dah macam anak patung sikit hehe. happy birthday princess Ara Adreanna.. “
” Happy birthday Ara baby, makin comel Ara ni. Happy tengok Bella Astillah sekeluarga camni. Semoga berbahagia selalu.. “
” Kreatif sangat Bella dengan Aliff buat deko tu. Happy birthday buat si cantik Ara Adreanna. Semoga sentiasa panjang umur dan jadi anak yang solehah.. “
” Selamat hari jadi Ara, comelnya dengan rambut toncit tu. Kek tu comel je eh, sayang lak nak makan. Moga sihat selalu dan jadi anak yang solehah.. “
” Sekejap je Ara dah setahun kan. Makin lama makin cute dak Ara ni. Nanti bolehlah pinjam idea Bella ni, comel kek, deko pun cantik.. “
” Happy birthday sumandak Ara Adreanna yang ke 1 tahun. Gembiranya Ara di kelilingi belon-belon tu, cute sangat.. “

Dekorasi yang cantik dan ramai peminat yang suka akan idea Bella ini. Peminat turut seronok melihat kegembiraan Bella sekeluarga. Apa pun, semoga keluarga ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu hendaknya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah, IG Ara Adreanna
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

