Connect with us

Artis / Selebriti

” Ewah riak muka Mr E. Bukan main senyum kembang semangkuk tu, sambil tenung muka Erra.. ” – Komen Netizen

Video Diana Rafar dedah perangai sebenar suami Erra Fazira, Ezwan Zain buat ramai terhibur. Kembang semangkuk Mr E kena puji depan-depan, reaksi muka tu memang win sangat.. 

Podcast Kasi Onz Channel yang dihostkan sendiri oleh Erra Fazira dan Ezwan Zain bakal ke udara malam ini untuk episod ke 12. Untuk episod ini, penyanyi dan pelakon, Diana Rafar menjadi tetamu jemputan. Banyak kupasan menarik yang bakal disajikan sepanjang podcast tersebut.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan perbualan antara Erra, Diana dan Ezwan. Diana sudah lama mengenai Ezwan dan antara pelanggan tetap cafe Kueh.

Untuk pertama kalinya, perangai sebenar Ezwan didedahkan kepada umum dan ianya datang dari mulut Diana sendiri. Kata Diana, sebelum Ezwan bertemu Erra, sudah beberapa kali Diana cuba memperkenalkan Ezwan dengan wanita, namun semuanya tidak kena dengan jiwa Ezwan.

Diana juga menceritakan, Ezwan ini diminati oleh ramai wanita tetapi Ezwan ada satu sikap yang Diana puji. Bukan main lagi reaksi wajah Ezwan ketika Diana memberikan pujian di hadapan Erra. Diana juga mengakui Erra sangat beruntung kerana berjaya mencuri hati Ezwan.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Hahahahaha geram pulak tengok muka Mr E senyum. kecik besar kecik besar kita tengok dia kena puji.. “

” Kembang kuncup ehhhh dia tu.. awakkkk… jgn la tersipu-sipu wakkk .. Muka bangga eaa comel jek Mr.E.. “

” Ohh diana mmg dh kenal mr e dlu lah eh.. yelah org shah alam. mana boleh tk kenal.. Wey depan2 pujii haha adoii.. “

” Mr E mmg nmpk jenis xmelayan. mase dorg couple pn sama.. mcm keras semacam.. lepas kawin bru nmpk dy manja dgn erra.. “

” Senyum kembang semangkuk tu.. ceh2 memalu pulak org sebelah tu.. Hahaha Mr E muka tu x boleh cover tapi mantap terbaik.. “

” Ececeh.. ewahhh…. riak muka Mr E.. bukan main muka mr e , sambil tenung muka erra. Alaaaaa suka episode ni.. “

” Betuiii tu , control sikit je Mr E nnti kak erra teropong. Indeed jgn mesra sangat nnt ada yg terperasan … betul ckp kak Erra.. “

Comel sahaja melihat wajah Ezwan ketika Diana memuji perangainya yang tidak melayani wanita itu. Beruntung Erra kerana Ezwan seorang yang tetap pendirian dan setia pada yang satu. Semoga perkahwinan Erra dan Ezwan berkekalan sampai ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kasi Onz Channel, Youtube Channel Kasi Onz 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak