Artis / Selebriti
” Even dah divorce but still good relay friends. Bahagia tengok.. ” – Komen Netizen
Video Sharnaaz Ahmad turut bersama mengikuti keluarga Noor Nabila pergi bercuti raih perhatian ramai. Wah happy sungguh Jebat bila Baba dan Mummy ada bersama. Part Jebat memancing ikan tu comel sangat. ‘ I lab you, ikan’ pun boleh lah Jebat, hehe..
Meskipun sudah lama berpisah dan tidak lagi sebagai pasangan suami isteri, pelakon Sharnaaz Ahmad tetap mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas isterinya, Noor Nabila. Mereka berdua juga bersama-sama membesarkan anak tunggal mereka iaitu Jebat Jayden.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik jebat.jayden, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Sharnaaz turut bersama mengikuti percutian keluarga Nabila. Menerusi video-video itu, kelihatan mereka sedang berada di sebuah pulau dan menikmati masa petang bersama di tepi pantai.
Ada juga video memaparkan Sharnaaz melayan Jebat untuk melakukan aktiviti memancing dan kedengaran suara Nabila menyakat Sharnaaz dengan berkata kepada Sharnaaz ‘ nelayan dari mana’ . Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang memuji sikap dan cara Sharnaaz dan Nabila membesarkan anak mereka meskipun tidak lagi bergelar pasangan suami isteri. Selain itu, ada yang terhibur melihat gelagat comel Jebat yang sangat teruja ketika melakukan aktiviti memancing.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
@jebat.jayden02 Mancing with baba 🥰 #jebatjayden #sharnaazahmad #artismalaysia #fypage #fyp #fypシ゚viral🖤tiktok #biralvideo
@jebat.jayden02 Amboi mummy punya ketawa😂 #jebatjayden #sharnaazahmad #noornabila #artismalaysia #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok #viralvideo #fyp
@jebat.jayden02 #jebatjayden #sharnaazahmad #artismalaysia #fypage #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok #viralvideo
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Even dah divorce but still good relay friends. Bahagia tengok.. Mesti Jebat pun happy sangat kan, mummy n baba sentiasa bersama dengan dia.. “
” Semoga Shahnaz Dan Nabila bersatu semula… Amin2 yra… Mana tahu kan, jodoh antara mereka ni kuat lagi.. Kita doakan.. “
” Walaaupun bercerai, dia jaga perasaan ank dia.. Bagus makpak mcm ni, baru anak pun tak rasa kurang kasih sayang makpak.. “
” Boleh jd bff kn …. Open mind mcm ni bgus dr tkot bini bru …. Nak jmpe gn xwife ank2 lme pun tak boleh.. Kesian anak2.. “
” Weehhh GAZ wehhh.. Hrp hti² la.. Risau ade yg dtg ambush kang, hahahaa.. Terbaik lah mamu penuh kasihsayang dng anak.. “
” Suka dengan cara Sharnaaz dan Nabila ni.. Tak semestinya tak ada jodoh, tak boleh jadi sahabat.. Boleh jadikan contoh untuk parents yang dah divorce.. “
” Ni kalau orang tak tahu mesti ingat dah kahwin balik, haha.. Btw so happy tengok Jebat, boleh bercuti dengan mak ayah dia.. “
Bak komen warganet, setelah berpisah sebagai suami isteri, tak semestinya tidak boleh bersahabat. Ramai yang tumpang bahagia melihat hubungan antara Sharnaaz dan Nabila. Dengan mengekalkan hubungan yang baik seperti ini, sekali gus dapat membahagiakan hati anak mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok jebat.jaydeno2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia lebih Aliff Syukri daripada Aliff Syukri original. Amayan senak ulu hati nak menahan ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

