Connect with us

Artis / Selebriti

” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain

Video Ezwan Zain mempromosikan Cafe Kueh raih perhatian ramai. Rupanya ada pula gimik di akhir video. Comel sangat keluarga ini..

Meninjau ke akaun Instagram Ezwan Zain, posting terbaru Ezwan telah meraih perhatian ramai. Ezwan memuatnaik sebuah video yang mempromosikan Kueh Cafe sempena bulan Ramadhan ini. Pelbagai menu dan promosi yang disediakan sempena bulan puasa ini.

Namun video ini bukan sekadar video promosi yang biasa. Rupanya di akhir video terdapat pula kemunculan istimewa tiga wanita dalam hidup Ezwan iaitu isterinya, Erra Fazira dan anak-anak mereka iaitu Engku Aleesya dan Dania Sofea.

Mereka bertiga lalu di hadapan kamera seperti ingin keluar bersama. Sempat lagi masing-masing memberikan pose istimewa di hadapan kamera. Kemunculan mereka membuatkan para peminat tersenyum kerana melihat kebahagiaan mereka.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh beberapa jam ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk rekod, Ezwan dan Erra mendirikan rumahtangga pada bulan Disember tahun lalu dan ini merupakan Ramadhan pertama kali mereka bersama.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Repeat tengok ni pasal ending ada tiga jelitawan pass by .. Bila nak bukak kat Bangi? Dulu sy duduk Shah Alam selalu makan kat sini.. “

” Isteri bos bila ada datang moreh setia alam? Sy nak jumpaaa.. cute makcik-makcik tu limpas.. Kamu buat makcik tersengeh2 sorang² lps tu gelak dorang2.. “

” Alhamdulillah tumpang Seronok tengok kebahagiaan mereka..Ya Allah..kekalkanlah.. comellla la tiga orang last tu.. “

” Perfect..ya allah bahagiakan keluarga ini dunia akhirat.. Alhamdulillah. Keluarga bahagia bersama 3 org jelitawan. Ulang banyak kali nk tengok 3 sicantik milk ezwan.. “

” Repeat tgk.. best part last 3 gorgeous lalu.. happy family ezwanzain errafazira , Ya Allah bahagiakn keluarga ini hingga jannah.. “

” Hehehe..dah agak, ending mesti ada something2.. ulang banyak kali sebab nak tengok erra and the girls lalu … Bila nak buka kat Cyberjaya bang. Eh dik. Eh kak Erra.. “

” Alhamdulillah, what a joy to see this family shine! Wishing you all the happiness, continued success, and many more happy moments. You’re a truly beautiful family! “

Kreatif juga cara Ezwan membuat iklan promosi kerana ramai netizen akan menonton sehingga ke saat akhir kerana ingin melihat tiga wanita dalam hidup Ezwan. Semoga kebahagiaan keluarga kecil ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ezwan Zain

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak